Hiburan By: SGMS Faida September 22, 2019 @ 10:52pm

Dj Lin Nak Bersara?

Penyampai radio popular, Dj Lin mengaku pernah terfikir untuk melepaskan kerjaya kerana mahu memberi peluang kepada pelapis baharu.

Namun begitu, Dj Lin yang diumumkan sebagai penyampai radio popular Anugerah Berita Harian 32 (ABPBH32) memberitahu dia terkejut ketika namanya diumumkan sebagai pemenang.

“Saya sendiri terkejut, macam tak percaya. Kemenangan ini membuatkan saya berfikir sekali lagi untuk bersara dari dunia penyampaian radio.

“Lebih penting, saya mahu mencari pelapis yang boleh mengendali segmen cinta yang dikendali beberapa tahun sebelum ini,” akui Dj Lin.

Sementara itu, Dj Lin yang memegang jawatan sebagai Ketua Stesen radio Suria FM mengumumkan bakal memulakan pencarian penyampai baharu yang mengganti posisi sebagai penyampai.

“Saya mahu calon itu lakukan tanggungjawab untuk segmen Suria Cinta lebih baik dari saya lakukan. Kemenangan trofi ini juga membuktikan dengan bakat, kerja keras…Insha Allah orang ramai akan sedar dengan kewujudan dalam industri ini,” akhirinya.

Tahniah Dj Lin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马!

配合《有五个姐姐的我就注定要单身了啊!》即将上映!演员项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马,展开一连三天的宣传活动。

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

KILAFAIRY TAMPIL MENGGODA DALAM PUT THE WORD IN

Malah, sesiapa sahaja yang baru mendengar lagu Put The Word In sudah semestinya akan mengakui bahawa lagu tersebut mempunyai aura tersendiri

Hiburan Thu, 14 Dec 2023