Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina March 11, 2020 @ 8:00am

[Viral] Selepas 21 Tahun Ditinggalkan, Abang Goo Hara Dedah Ibu Kandung Muncul Demi Harta Peninggalan!

Panas!

Kematian bintang K-pop iaitu Goo Hara pada 24 November lalu semestinya telah mengejutkan industri hiburan dan peminat di Malaysia. Bukan sahaja akibat depresi, malah kematian gadis itu juga  didakwa kerana telah hidup sengsara sepanjang hayatnya. Ditinggalkan keluarga sejak kecil, apa yang lebih parah apabila Hara pernah didera oleh bekas teman lelakinya secara mental dan fizikal!

Terbaharu, menerusi laporan Soompi, abang kepada Goo Hara telah mengeluarkan surat saman kepada ibu kandung mereka sendiri berkenaan dengan hal pembahagian harta gadis itu.

Hara dan adik beradiknya dilaporkan telah ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka semasa masih kecil. Manakala, ayah mereka bekerja di luar daerah untuk mendapatkan wang untuk keluarga.

Menurut ibu kandungnya, beliau layak untuk mendapat 50% daripada harta peninggalan anaknya sebagai ibu kepada Hara.

 

 

Bapa Kandung Tidak Bersetuju Tuntut Harta Peninggalan

Walau bagaimanapun, bapa kandung Hara melaporkan tidak bersetuju dengan keputusan isterinya dan menafikan permintaan tak masuk akal tersebut kerana wanita itu telah keluar rumah dan meninggalkan anak-anaknya semasa mereka masih kecil.

Sebelumnya, Goo Hara dan abangnya telah diasuh oleh nenek mereka sejak kecil.  Ayahnya juga mengatakan bahawa dia terpaksa ke merata tempat di Korea untuk mencari rezeki bagi menampung anak-anaknya dan mereka terpaksa menghabiskan zaman persekolahan tanpa kasih sayang seorang ibu. 

 

Dibahagikan 50-50

Disebabkan oleh prosedur pembahagian harta tersebut, ianya akan dibahagikan secara 50-50 di mana ia akan diberikan kepada abang dan ibunya. Walaubagaimanapun, abang mendiang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan itu.

 

 

Terdahulu, sebuah nota telah ditemui pada tahun 2016 yang terkandung luahan isi hati Goo Hara yang meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Subsciber Youtube Cecah 100K, Siti Nurhaliza Bagi Hadiah Istimewa!

MasyaAllah…sedap tak tahu nak cakap macam mana ntah. Terbaik Tok Ti!

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

error: Content is protected !!