Trending By: Salma Syahbuddin March 18, 2020 @ 11:00am

Perintah Kawalan Pergerakan, Masyarakat Malaysia HANYA Boleh ‘Takeaway’ Sahaja

Sebagai langkah pencegahan virus Covid-19, premis makanan hanya boleh beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan namun premis makanan yang terlibat perlu menjual makanan yang khusus untuk dibawa pulang sahaja atau ‘takeaway’.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi bahawa, premis makanan perlu beroperasi sepanjang tempoh itu untuk memenuhi keperluan orang ramai.

Sumber : Google

“Premis makanan termasuk restoran, kedai mamak dan kopitiam hanya dibenarkan menjual makanan secara bawa pulang, jangan buka dan benarkan orang berkumpul (untuk makan).

“Kalau ada khidmat penghantaran makanan di rumah, itu lebih baik kerana memudahkan orang ramai,” Katanya.

Namun, pasar malam dan bazar perlu ditutup sepanjang tempoh itu kerana lokasi sedemikian menggalakkan orang ramai berkumpul dan bersesak-sesak. 

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengisytiharkan bahawa Malaysia akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mencegah penularan baharu wabak COVID-19.

Sumber : Google

Dalam pada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan berusaha memastikan aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi di bawah garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan mematuhi arahan sebagaimana yang diumumkan kerajaan. 

Menteri berkenaan, Tan Sri Annuar Musa berkata peranan kementerian dalam memastikan arahan yang bertujuan mencegah peningkatan wabak COVID-19 agak mencabar memandangkan aktiviti perniagaan dan tempat tumpuan ramai sebahagian besarnya adalah di Kuala Lumpur, antara wilayah di bawah bidang kuasa kementerian itu selain Putrajaya dan Labuan. 

“Kita akui kekurangan dari segi bilangan kakitangan untuk melaksanakan aktiviti  penguatkuasaan tetapi atas kepentingan umum, kementerian akan pastikan semua premis perniagaan termasuk pusat hiburan mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan,” Tambahnya.

Apapun, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana, makanan kegemaran korang masih boleh dinikmati tetapi hanya perlu ‘bungkus’ dan makan di rumah sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Sekadar Tetamu Jemputan, Netflix Sahkan Aaron Aziz Tak Berlakon ‘Extraction 2’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video perkongsian Datuk Aaron Aziz teruja dapat berjumpa Chris Hemsworth pada tayang perdana filem Extraction 2 di Manila. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang beranggapan bahawa Aaron Aziz berlakon […]

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Trending Thu, 31 May 2018

Fuh…Setengah Juta Peminjam PTPTN Boleh Tarik Nafas Lega!

Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Trending Thu, 14 Apr 2022