Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd April 17, 2020 @ 1:03pm

“Ini Pengiktirafan Buat Negara Bukan Buat Saya”- Netizen Kagum Dengan Sikap Rendah Diri Dr. Noor Hisham

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah mendapat pengiktirafan antara tiga doktor terbaik di dunia oleh China Global TV Network (CGTN ).

Pengiktirafan itu sekaligus meletakkan nama beliau setanding dengan doktor pakar luar negara iaitu pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Baca artikel berkaitan: Datuk Dr. Noor Hisham Diiktiraf Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Oleh China

Ketiga-tiga mereka diberi penghormatan kerana bijak mengawal emosi ketika muncul di khalayak ramai selain sentiasa mengetengahkan penampilan tenang, jelas dan meyakinkan bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pandemik itu.

Berikutan pengiktirafan itu, ketiga-tiga mereka juga digelar sebagai wira dan hero negara.

Ini Pengiktirafan Buat Negara Bukan Buat Saya – Datuk Dr. Noor Hisham

Namun, ketika Sidang Media Harian Covid-19 diadakan semalam, 16 April 2020, Datuk Dr. Noor Hisham telah memberikan jawapan yang membuatkan rata-rata rakyat Malaysia terkejut dan kagum dengan personaliti beliau.

Ketika ditanya mengenai pengiktirafan itu, Datuk Dr. Noor Hisham dengan tenang menjawab bahawa pengiktirafan tersebut buat negara dan bukan buat dirinya. Malah, beliau turut memberikan kredit dan mengangkat nama pasukan beliau di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keperibadian Datuk Dr. Noor Hisham ini sewajarnya menjadi inspirasi buat semua. Bukan sahaja berkarisma dan bijak mengawal keadaan dalam situasi genting ini malah beliau juga sentiasa merendah diri dan tidak mementingkan diri sendiri. Syabas, doc!

Baca artikel berkaitan: Dari Anak Flat Kini Beliau Sertai Saintis Dunia Perangi Covid-19. Semangat Juang Dr Noorhisham Sentuh Hati Netizen..

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

“Keluarga Saya Tak Ambil Dadah… Kami Semua 100% Normal” – Puteri Balqis

Puteri Balqis nafi tuduhan yang mendakwa ahli keluarganya terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Bunkface Mengaku Terima Soalan Pelik Di Ruangan ‘Sembunk’

Salah satu cara Bunkface mengeratkan hubungan bersama peminat adalah menerusi sesi soal jawab bersama peminat di ruangan ‘Sembunk’ menerusi Facebook Live.

Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

error: Content is protected !!