Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 28, 2020 @ 2:27pm

Yakinnya Kamu! Sherry Al Hadad Tersasul Ketika Siaran Langsung Muzik-Muzik 35

Tidak dinafikan, mengacara sesebuah program secara langsung bukanlah satu perkara yang mudah. Insiden tersasul semasa mengacara bukanlah satu perkara yang janggal berlaku. Namun sebenarnya moment seperti ini lah yang boleh memberikan kenangan yang lucu dan hiburan kepada kita sebagai penonton kan?

Insiden ini berlaku kepada pengacara Sherry Al-Hadad ketika mengacara program Muzik-Muzik 35 pada Isnin lalu.

“Marhaban tiba,Marhaban tiba, Marhaban tiba…eh dah live ke?

Sewaktu pembukaan program Muzik-Muzik 35 Isnin lalu, Sherry yang sememangnya terkenal dengan sifat “happy go lucky” menyanyikan lagu Ramadan Tiba nyanyian Opick. Namun apa yang telah mengundang ketawa orang ramai adalah apabila pengacara berusia 36 tahun ini tersasul dengan menyebut “Marhaban tiba” sebanyak tiga kali.

Pekara ini turut disedari oleh rakan hos Haziq Hussni (Hot FM) dan dia bertindak mentertawakan Sherry walaupun tahu mereka sedang bersiaran langsung ketika itu.

Korang cuba layan video yang dimuatnaik Sherry di laman Instagram miliknya. Confirm tak kering gusi ketawa tau!

Confident tu penting!

Selepas memuatnaik video insiden ini di Instagram miliknya, rata-rata netizen dan para artis membanjiri ruangan komen kerana terhibur dengan tindakan spontan Sherry Al-Hadad ini. Ada juga yang memuji tahap keyakinan Sherry yang tinggi sewaktu menyanyikan lagu tersebut.

Sumber: Instagram Sherry Al-Hadad
Sumber: Instagram Sherry Al-Hadad
Sumber: Instagram Sherry Al-Hadad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Sep 2025

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

Zizi juga berazam untuk ke Tanah suci Makkah & Madinah.

Trending Mon, 17 Dec 2018

搭飞机时坐到「三角形标志」下的位置,其他人都会超羡慕你!

如果你常搭飞机,是否曾注意到机舱内部有个「三角形标志」呢?

Featured Sat, 22 Oct 2022

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti. Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati. “Ramai sebenarnya […]

Featured Fri, 3 Feb 2023
Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
error: Content is protected !!