Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 10, 2018 @ 3:25am

Altimet dapat “Air” dari Bruce Lee

Dalam kegelisahan  warga Selangor berhadapan masalah air barangkali mendengar lagu terbaharu Altimet, 39, berjudul ‘Air’ boleh memberikan sedikit ketenangan.

Iya!  Penama sebenar,  Ahmad Abdul Rahman yang baharu sahaja menggegarkan pentas Anugerah Juara Lagu-32 sebagai pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagunya “Amboi” kini tampil dengan album ‘Air’yang akan berada di pasaran bermula 1 April depan.

Menariknya cerita di sebalik  judul ‘Air’ ini diinspirasikan oleh Altimet dari idolanya sejak kecil iaitu pelakon lagenda kung fu terhebat, Bruce Lee.

Menurut Altimet, Bruce Lee tersohor dengan mutiara kata berbunyi ‘Like Water” yang bermaksud sifat air apabila mengalir akan mengikut sebarang bentuk bekas.

“Ini memberi saya dorongan untuk membuat eksperimen di mana saya menyesuaikan lirik ke dalam muzik yang telah dicipta oleh penggubah lagu-lagu di dalam album ini. Cabaran ini telah menunjukkan versatiliti dan saya harap peminat dapat menerima kelainan yang ingin ditonjolkan,” ujar Altimet.

Memang betul maksud Bruce Lee itu apatah lagi pepatah Melayu pun ada menyebut,’air dicincang tak kan putus’ kan? Betapa mendalamnya pengertian air kepada insan ya tak?

Edaran Warner Music Malaysia, ‘Air’  merupakan album  solo ke-4 Altimet  hasil kolaborasinya bersama beberapa komposer  seperti Omar K, Navigator, Emir Hermono, Kidd Santhe dan Music Kitchen.

Ia mengandungi enam buah lagu yang turut dipersembahkan oleh Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Baraka Blue, Kidd Santhe, Ashtin dan Aina Abdul. 

Altimet pernah menganggotai ‘Kumpulan Teh Tarik Crew” yang ditubuhkan pada 1999 bersama Mizz Nina, DJ Fuzz dan  Taufiq namun mereka berpecah pada 2007  dan mulalah karier Altimet yang memperjuangkan irama hip hop sebagai penyanyi solo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Penyanyi Wanita ‘Dicekup’ Khalwat Bersama Suami Orang Di Rumah Sewa

Penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama suami orang di rumah sewa

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Super Junior’s Leeteuk Gets Maserati As Present!

Super Junior’s Leeteuk has a new luxury ride!

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Penat Menyanyi, Aliff Tukar Profesi

“Buat masa sekarang, pihak Primavalet dan saya masih dalam peringkat awal. Pakaian jenama Burank.co boleh dibeli pada bulan puasa nanti di PRIMAVALET, Osti Bangi (bersebelahan dengan tol Bangi.”

error: Content is protected !!