Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina June 9, 2020 @ 12:38pm

Akibat Kuarantin, Remaja Amerika Ini Kuasai Bahasa Melayu Dalam 2 Minggu!

Power!

Ekoran sekolahnya ditutup gara-gara Covid-19, Trent Josiah Huizar atau TJ berjaya menguasai Bahasa Melayu dalam masa 2 minggu sepanjang kuarantin!

Bukan itu je, pemuda 16 tahun dari Arizona ini berjaya menuturkan 14 bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Rusia, Czech, Slovak, Poland, Jerman, Mandarin, Bahasa Melayu, Parsi, Bulgaria dan Haiti Creole. Salute!

Habiskan 8 Jam Setiap Hari

Bagi mencapai sasarannya, dia menghabiskan 8 jam setiap hari, belajar sehingga 150 perkataan setiap hari dan berjaya mempelajari kira-kira 1,000 perkataan dalam masa 2 minggu.

“Saya sudah bertemu dengan banyak orang di Instagram yang lebih senang berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Melayu. Malah di laman web juga ada tutor yang boleh mengajar anda untuk bercakap,” katanya.

Menurut TJ juga, antara salah satu perkataan yang disukai ialah ‘bersungguh-sungguh’.

TJ juga berharap dapat menetap di Malaysia selama sebulan serta merantau ke negeri lain sebagai langkah menambahkan lagi pengetahuannya dengan bahasa Melayu.

Salute! Nak tahu perjalanan TJ belajar bahasa Melayu? Tengok dokumentari di bawah ni:

Sumber: Youtube The Planet Project

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!

Featured Tue, 22 Nov 2022
Contest Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Mon, 24 Jul 2023

[VIDEO] Berkat Menang ABPBH 35, Ada Syarikat Nak Sponsor Bell Ngasri Kereta

Alhamdulillah, rezeki! Tahniah Bell! Yak Yak yey!!!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Tak Serik Kahwin, Hafiz Hamidun Idam Keluarga Bahagia

Saya pernah rasa diri separuh gila. Sehingga satu tahap orang tuduh yang bukan-bukan termasuklah dilabel ‘kunyit’. Orang yang menuduh dengan perkara bukan-bukan, mereka tidak faham apa yang berlaku kepada saya.

error: Content is protected !!