Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul June 9, 2020 @ 4:01pm

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diketahui esok.

Keputusan tersebut akan diberitahu oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya melalui mesyuarat antara Kementerian Pendidikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin

“Pada petang ini, rasanya keputusan paling penting akan dicapai bersama KKM dan MKN, dan esok, andai kata diputuskan bila (tarikh pembukaan sekolah), kita mungkin dapat mengetahui bila sesi sekolah akan mula dibuka.

“Namun, sekolah hanya akan dibuka selepas dua minggu pengumuman (pembukaan) dibuat. Selagi tiada pengumuman, selagi itu tiada sekolah akan dibuka,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini.

Pada peringkat pertama, pembukaan semula sesi persekolahan akan diberi keutamaan kepada 347,177 murid yang bakal menduduki SPM, 2,935 (SVM), 2,738 (STAM) dan 45,596 (STPM).

Muslimin juga menjelaskan walaupun sekolah hanya dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 terlebih dahulu, namun semua tenaga pengajar di sesebuah sekolah perlu hadir ke sekolah seperti biasa.

Jelasnya,setiap guru akan menolong ketika proses pembelajaran dan pengajaran kerana setiap kelas hanya akan mempunyai antara 16 dan 20 murid sahaja.

“Setelah itu dilaksanakan, kami memerlukan lebih banyak guru untuk saling membantu. Kita perlu memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar,” katanya.

JPN dan PPD akan sentiasa memastikan pihak pentadbiran sekolah mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.Beliau juga memberi jaminan, hanya murid yang tidak bergejala akan dibenarkan ke sekolah.

“Sekiranya mereka menunjukkan gejala seperti selesema, mereka akan dinasihatkan pulang atau menjalani saringan di bilik kesihatan di sekolah yang akan disediakan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Dec 2019

Watch How This Malaysian-US Born Girl Inspires People At Her Graduation Ceremony

Petronas scholar girl gave the coolest and inspiring speech at her graduation ceremony in US

Featured Thu, 5 May 2022

“Mohon Doakan Bayi Sulung Kami” – Elisya Sandha ‘Bunting Pelamin’

Alhamdulilah, Elisya kini sudah berbadan dua, masih belum dedahkan jantina.

Trending Tue, 13 Aug 2019
Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Jeling & Marah Kita Balik”- Kamal Adli Kongsi Pengalaman Berdepan Peminta Sedekah 

Kamal Adli berkongsi antara pengalamannya berjumpa peminat sedekah selepas seorang individu lelaki berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

error: Content is protected !!