Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd August 1, 2020 @ 3:41pm

Cara Tebus e-Penjana RM50, Berpeluang Dapat RM300

Wah, beruntungnya rakyat Malaysia!

Insentif kerajaan dalam membantu rakyat dengan memberikan bantuan kredit e-Penjana yang bermula 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dilihat begitu memberangsangkan.

Buat pengetahuan anda, bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus Menerusi aplikasi Grab, Touch n’ Go dan juga Boost.

Ganjaran RM300 Menerusi TNG

Bagi mereka yang menebus insentif kredit itu di platform Touch n Go, mereka berpeluang menikmati ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana serta perusahaan mikro dalam industri dan lain-lain.

Selain itu, Touch n Go turut membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID atau bayaran tol.

Muat turun aplikasi MySejahtera

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MySejahtera dan kemas kini akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menebus tuntutan eKYC e-Penjana RM50 anda.

  • Muat turun aplikasi e-wallet Touch n Go anda
  • Daftar akaun dengan mengisi butiran lengkap
  • Selepas mendaftar, klik buang e-Tunai Rakyat
  • Isikan maklumat yang diperlukan (swafoto dan kad pengenalan)
  • Hantar permohonan untuk pengesahan (mengambil masa 5 hari waktu bekerja)

Dilaporkan lebih 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

Featured Wed, 4 Jun 2025
Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Featured Thu, 10 Oct 2024

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Allahu, baru je seminggu depa hantar masing-masing pergi belajar😰💔

error: Content is protected !!