Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 5, 2020 @ 12:29pm

Angka Letupan Di Beirut Terus Meningkat, Berpunca Daripada…

Bumi Beirut bergoncang!

Letupan besar yang menggegarkan bumi Lubnan pada jam 6.10 petang pada Selasa, ternyata mendapat perhatian seluruh dunia.

78 terbunuh, 4000 lagi cedera

Dua letupan yang berlaku di Beirut itu menyebabkan sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh manakala, seramai 4,000 orang dilaporkan tercedera.

Menurut Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, Rabu diisytiharkan sebagai hari bersolidariti buat negara tersebut.

Malah, beliau juga turut merayu agar negara jiran sama-sama membantu Lubnan dalam menghadapi hari yang sukar.

Beirut umum darurat

Bagaimanapun, Presiden Lubnan, Michel Aoun turut mengadakan mesyuarat tergempar majlis pertahanan dan mengisytiharkan Beirut kini dalam keadaan kecemasan sambil mendesak kabinet mengumumkan darurat di bandar raya itu selama dua minggu.

Kabinet negara itu juga turut memperuntukkan dana bagi hospital dan memohon agar negara jiran memberi sumbangan dan mewujudkan bantuan terutamanya kepada mangsa yang terjejas.

2,750 tan baja ammonia nitrat punca letupan

Letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 8 Dec 2022

Luahan Hati Mawar Rashid Buat Anak, Netizen Sebak Pengorbanan Seorang Ibu

Cahaya mata adalah nafas bagi kedua ibu bapa, begitulah juga untuk pelakon cantik Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak ketiga.   View this post on Instagram   A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) […]

Featured Mon, 27 May 2024
Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Hiburan Mon, 7 Oct 2024
Events Sat, 12 Apr 2025
Featured Mon, 13 Jan 2025

Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-Gara Isu ‘Seating’… Pramugari Mengaku Tak Selesa

Insiden berlaku selepas beberapa individu kurangs enang dengan kehadiran Khabib yang duduk di bahagian pintu kecemasan.

error: Content is protected !!