Trending By: Salma Syahbuddin September 10, 2020 @ 1:05pm

Balu Abam Puas Hati, Pembahagian Harta Berdasarkan Hukum Syarak

Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu nampaknya memberi khabar gembira buat balu pelawak popular, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali.

Pembahagian adalah berdasarkan hukum syarak

Sumber : Google

Menurut Hidayah, mahkamah menetapkan pembahagian adalah beradasarkan hukum syarak yang juga membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barangan peribadi Allahyarham.

Malah, Hidayah turut memaklumkan ahli keluarga Allahyarham juga akan mendapat bahagian berdasarkan hukum syarak.

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

Rahsiakan jumlah wang yang ditinggalkan Allahyarham

Ketika ditanya berapa banyakkah peninggalan duit Allahyarham, Hidayah bagaimanapun enggan mendedahkan jumlahnya.

Selain itu, beliau turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta Allahyarham ditarik.

” Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” Katanya.

Enggan ulas mengenai duit RM10,000

Sumber : Google

Mengakui beliau telah mengeluarkan duit berkenaan seperti yang didakwa oleh Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan.

” Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,”

Apapun, Mahkamah telah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntutan hadanah berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.

Untuk mengetahui berita selanjutnya, jangan lupa saksikan siaran langsung Melodi, Ahad ini di TV3 ATAU boleh saksikan menerusi siaran LIVETV di www.xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Sep 2020
Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.