Gaya Hidup By: tex_admin January 8, 2018 @ 8:58am

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? 7 Tips Ini Mesti Buat Anda Senyum Sepanjang Hari

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang setuju jika kami simpulkan bahawa bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi hari, di pejabat, dan apabila pulang ke rumah.

Dengan ekonomi yang kurang baik, ditambah pula dengan komitmen kerja dan berdepan ragam anak-anak yang semakin membesar. Sampai ruang untuk diri sendiri pun sudah tak ada. Tak sempat nak berehat, ada saja yang perlu diselesaikan. Waktu rehat yang betul-betul pun, cuma masa tidur.

OKAY, CUBA TANYA DIRI SENDIRI, BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA BERASA BENAR-BENAR CERIA DAN GEMBIRA?

Semalam? Dua hari lepas? Sebulan? Tak ingat sebab dah lama sangat? Atau tak pernah langsung?

Tidak bermakna sudah ada anak ataupun usia semakin meningkat, anda tidak boleh ceriakan hati sendiri. Boleh sahaja asalkan anda rasa gembira dengan cara yang anda suka.

Jadi, ini antara saranan yang boleh anda lakukan:

7 TIPS CERIA SEPANJANG HATI

1. JANGAN LUPA KETAWA

Bebanan sekeliling membuatkan anda lupa membuat perkara yang satu ini! Bayangkan semua perkara yang berlaku itu seperti sebuah drama komedi, bukan drama sedih ya! Lebih elok jika dapat libatkan teman atau pasangan bersama. Buat lawak, ekspresi muka kelakar, dan bergurau senda antara satu sama lain. Bak kata orang, “Laughter is the best medicine.”

Lagipun bukankah lebih baik anda ketawa daripada menangis?

2. JADI KANAK-KANAK SEMULA

Maksudnya bukan lah melompat-lompat dan berlari-lari seperti kanak-kanak, tapi anda boleh rehatkan diri dengan makan aiskrim, bermain permainan online, bermain permainan seperti dam ular, puzzle, on radio sekuat-kuatnya dalam bilik, menari dan sebagainya.

Kalau ada anak kecil, bermainlah dengan mereka seolah-olah anda seorang daripada mereka.

3. JUMPA KAWAN-KAWAN

Sesekali berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, memang seronok. Macam-macam yang nak dibualkan sampai lupa sekejap masalah yang dihadapi.

Sesibuk mana pun, cuba luangkan masa untuk berkongsi rasa dengan rakan-rakan. Jika betul-betul tidak ada masa, layangkan mesej dan panggilan telefon buat mereka.

4. BERIADAH

Bila rasa stress, pergi lah beriadah. Tak perlu yang berat-berat sampai terasa membebankan. Jalan kaki ataupun berehat di taman pun sudah memadai. Beriadah bukan saja dapat membantu meningkatkan kesihatan, malah ia juga dapat memberi impak positif kepada kesihatan mental.

5. MANJAKAN DIRI

Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri. Anda boleh ke spa, salon kecantikan, beli-belah, mencuba makanan di kafe-kafe baru dan macam-macam lagi. Lebih elok lagi kalau anda dapat merancang percutian, tidak kiralah di dalam atau luar negara. Dapat pergi pantai pun jadilah!

6. BELI APA YANG ANDA IDAM-IDAMKAN

Sudah lama anda simpan impian untuk beli barang idaman. Berbulan juga anda pandang dari jauh. Ini masanya, untuk anda jadikan salah satu koleksi anda.

Satu idea yang unik ialah aturkan majlis menyambut sesuatu sesuka hati anda. Contohnya, beli sebuah kek dan katakan hari ini anda rasa gembira dan mahu menyambutnya! Kemudian, boleh saja bergambar dengan mereka atau ‘selfie’ banyak-banyak. Ramai yang suka hati bila dapat sambut birthday dan ‘selfie’ kan?

7. LEBIHKAN MEMBERI DARIPADA MENERIMA

Orang kata tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Niatkan diri agar selalu memberi tanpa mengharapkan ‘something in return’. Bila kita ikhlas, hati mudah jadi tenang dan rasa gembira. Ketenangan hati adalah sesuatu yang memang dijanjikan oleh Allah supaya kita tidak takut untuk menderma dan bersedekah!

BUKAN PENTINGKAN DIRI!

Bagaimana pentingnya keluarga dalam hidup kita, perlu juga ada masa untuk diri sendiri sekali-skala. Bukan ‘selfish’, tapi jangan lupa yang kita juga perlu ruang untuk bahagiakan diri.

Tips ceria ini diharap dapat membantu kita menaikkan ‘mood’, membuat anda senyum lebar sepanjang hari. Bila kita bahagia, bukankan keluarga juga akan turut bahagia?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Apr 2018

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Kegunaan soda bikarbonat selain untuk masakan

Dapat memudahkan kerja rumah anda!

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Featured Wed, 15 May 2019
Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Gaya Hidup Wed, 11 Jul 2018

Bekas Gula Penuh Semut? Ini Cara Paling Mudah Untuk Halau Semut

Guna bawang putih sahaja, memang berkesan! Kalau tak percaya, sila cuba.

Gaya Hidup Tue, 12 Jun 2018

4 Trik Kupas Bawang Putih Dengan Cepat. Mana Satu Pilihan Anda?

Trik kupas bawang putih ini mencepatkan lagi tugas anda di dapur.

Featured Fri, 27 Mar 2020