Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops January 30, 2018 @ 11:02am

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

Siri penjelajahan yang turut disertai pihak media ini merupakan kerjasama peneraju jenama minuman terkenal, Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) di mana Dato’ Fazley merupakan jurucakap bagi produk King’s Ice Cream sejak empat tahun lalu.

Dato’ Fazley bersama rombongan media dan wakil F&N di Warung Resepi Marliza, Kota Bharu, Kelantan.

“Coconut Shake Hunt adalah satu komitmen kempen yang King’s buat bersama saya untuk projek Citarasa Malaysia. Kami memilih Kelantan kerana negeri ini menunjukkan statistik tertinggi pengguna yang membeli ais krim King’s di Malaysia.

Misi Dato’ Fazley mahu menaik tarafkan peniaga-peniaga coconut shake

“Tujuan utama jelajah ini dibuat juga adalah untuk memberi peluang serta penghargaan kepada peniaga untuk menaik taraf perniagaan mereka,” ujar penggemar minuman berasaskan kelapa dan ais krim ini ketika ditemui pada siri jelajah tersebut.

Tiga lokasi Coconut Shake terbaik yang dipilih di Kelantan ialah Warung Resepi Marliza yang terletak di Wakaf Che Yeh, Abe Manja Coconut Shake (Pasir Mas) serta Restoran Aisyah (Tumpat). Pemilihan tiga lokasi ini dibuat berdasarkan pilihan orang ramai menerusi platform media sosial milik F&N serta Dato’ Fazley sendiri.

Dato’ Fazley bersama pemilik Abe Manja Coconut Shake, Zaidi Ahmad

“Sewaktu kunjungan, kami turut menyerahkan cenderamata khas sebagai pengiktirafan kepada peniaga tersebut. InsyaAllah, kami akan meneruskan jelajah ini di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Johor tidak lama lagi,” tutur pemilik SukaSucre Bistro ini sambil memberitahu kesemua yang terpilih bakal melalui peringkat kedua sebelum ditabalkan sebagai lokasi Coconut Shake terbaik bagi setiap negeri.

Dato’ Fazley menyerahkan cenderamata khas kepada pemilik Restoran Aisyah.

Rombongan Coconut Shake Hunt Kelantan turut mendapat sokongan Malindo Air dan Hotel Perdana selaku penaja bagi penerbangan dan penginapan pihak media.

Kredit foto : @theshahrulizzat dan @sukasucrestudio

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Sun, 12 Feb 2023
Acara Wed, 8 Feb 2023
Acara Tue, 7 Aug 2018

Mahu Wanita Berkeyakinan Dan Tampil Cantik Dengan MF Cosmetique – Maria Farida

Booth Hijab & Heels menerima kunjungan Datin Seri Maria Farida Atienza (Maria) di Karnival Jom Heboh (KJH) baru-baru ini.

error: Content is protected !!