Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 31, 2018 @ 2:36pm

Obses

Obses secara definisinya bermaksud sesuatu yang mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. Minat mendalam berkenaan sesuatu hobi tidak dikategorikan obses selagi tidak ia tidak mengganggu rutin seharian dan tidak memberi impak kepada pekerjaan atau pelajaran serta tidak menyebabkan impak negatif kepada pergaulan sosial.

Minat adalah normal bagi manusia biasa manakala obses berkait rapat dengan gangguan 3 aspek di atas yang disifatkan klinikal dan abnormal. Menurut Pakar Psikologi Klinikal & Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Syarifah Azizah Wan Ahmadul Badwi, ada perbezaan ketara antara menjadi obses dan memiliki minat mendalam. Minat bererti seseorang mengikut kecenderungan atau bakat yang ada.

Obses juga boleh berlaku apabila seseorang mempunyai minat melampau terhadap seseorang sehingga berusaha untuk membuat transformasi kelihatan seperti artis kegemaran mereka yang dipanggil ‘body dysmorphic disorder’ (BDD). Mereka juga melihat terdapat kecacatan pada dirinya walaupun kecacatan itu tidak terlalu jelas, misalnya kulit yang kurang cerah.

Penderita BDD akan mengenalpasti cela yang ada pada diri dan menganggap idola mereka adalah contoh kesempurnaan yang ingin dicapai. Kepercayaan sebegitu boleh dikategorikan delusional dan tidak normal pada manusia biasa. Minat secara umumnya tidak menjadi satu kesalahan, namun apabila minat melampau sehingga mengganggu gugat 3 fungsi utama dalam kehidupan seharian, seseorang perlu berjumpa dengan pakar bagi proses konsultasi dan rawatan sewajarnya.

Manakala tindakan ibu bapa membuat akaun Instagram bagi anak yang belum lahir boleh dikatakan keterujaan biasa yang mungkin didorong personaliti ibu bapa itu sendiri. Personaliti extrovert yang sentiasa mahu menonjol menyebabkan mereka lebih suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Keadaan ini tidak jatuh di bawah label obses.

Dr Syarifah menyarankan kepada semua supaya berhati-hati dengan had tingkah laku sehari-hari dengan mengawal sebaiknya supaya tidak sampai ke tahap penyakit memudaratkan. Misalnya teruja yang tinggi turut datang dengan harapan yang tinggi, sekaligus mendedahkan kepada risiko kesihatan mental di situ.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

Featured Tue, 21 May 2024
Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Featured Mon, 10 Oct 2022
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Featured Tue, 2 Dec 2025

Sambut Hari Jadi Bersama Anak Di Jakarta, Puteri Sarah Luah Rasa Syukur – “Untuk Semua Peluang & Pintu Yang Ditutup Untuk Saya…”

Puteri Sarah Liyana menyorot perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Isnin.

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

error: Content is protected !!