Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 7, 2018 @ 2:08pm

Kecewa dengan Neelofa, Peminat Buat Live Video Bakar Tudung Naelofar Hijab

Belum reda lagi rupanya kemarahan peminat Neelofa ekoran tindakan dirinya melancarkan koleksi Naelofar Hijab di sebuah kelab malam bulan lepas.

Ramai yang berkata mereka akan “boikot” Neelofa dan kerjayanya lepas ini. Tapi peminat yang bernama Anne Zuraini ini bukan sekadar cakap je.

Dia siap tunjuk kemarahannya itu dengan membakar tudung-tudung Naelofar Hijab menerusi Facebook Live di akaunnya. Wah!

Video sepanjang 7 minit dengan kapsyen “#kasikbakau tudong daklopa” itu mendapat lebih 200 perkongsian oleh netizen.

“Peringatan untuk kamu yang bernama Neelofa,” kata Anne dalam video tu.

“Saya pernah minat kamu. Saya pernah rasa macam kamu yang terbaik. Saya pernah terbeli tudung kamu ni. Tapi sayanglah kamu buat benda yang saya rasa sangat… memang saya kecewa sangat dengan kamu,” keluhnya.

Sambil memegang paperbag Naelofar Hijab, dia sambung lagi, “Ni bukti saya bukan beli di pasar borong atau di pasar malam. Paperbag kamu pun saya simpan lagi. Resit pun ada.”

Terus dia campak bag tu ke dalam api, sekali dengan tudung dan anak tudung, satu demi satu. Dia juga tunjukkan tudung favouritenya, dan tudung yang dibeli khas untuk acara perkahwinan anaknya. Semuanya dibakar!

“Ada yang kata saya membazir. Ini bukan membazir. Kalau saya pun buang pun label Naelofar, ia tetap tudung Naelofar.

“Tak banyak pun yang saya ada, tapi saya takkan simpan bende yang tak baik.” Ouch!

“Memang takkan beli, takkan sokong lagi dah. Mana-mana artis pun, hiprokrit je. Saya akan beli tudung biasa je.”

Video ni dah mencapai 51,000 views. Tapi orang ramai yang menonton video ini kurang  setuju dengan tindakannya. Ada yang memberi cadangan agar tudung-tudung itu seharusnya disedekah kepada mereka yang memerlukan, bukannya dibakar. 

Anne ada jawapan untuk untuk itu semua. 

Sabar jelah, kak. Beli jelah tudung RM10 kat Masjid Jamek tu.

Sumber: Anne Zuraini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Hiburan Wed, 13 Apr 2022
Trending Tue, 2 Jul 2024
Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Thu, 11 Jun 2020
Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Pingat Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, […]

Trending Tue, 28 May 2024
error: Content is protected !!