Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops February 9, 2018 @ 12:39pm

‘Saya Tidak Campak, Tapi Saya Lukis’ – Dikecam Kerana Dessert Shell Out, Ini Penjelasan Dato’ Fazley Yaacob

Dunia seni kulinari Malaysia kini mencipta evolusi baru apabila Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaakob tampil dengan idea unik dan kreatif, ‘Sweet Table’ untuk penggemar dessert.

Walau bagaimanapun, rekaan pencuci mulut ala-ala Shell Out tu tak diterima baik sesetengah pihak. Kata mereka, hidangan tersebut terlalu bersepah dan tidak tersusun. Berhubung isu tersebut, Dato’ Fazley berkongsi kisah di sebalik ‘Sweet Table’.

Pelik Guna Tangan? Ini Komen Dato’ Fazley…

Bagi Dato’ Fazley, rekaan pencuci mulut itu mempunyai kisahnya tersendiri. Ia adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, supaya ikatan lebih mesra.

“Sweet table merupakan satu konsep di mana saya mahu mengembalikan nostalgia makan bersama keluarga dengan menggunakan tangan.

Mungkin pelik makan dessert menggunakan tangan, tapi apabila kita makan beramai-ramai, kita dapat merasai keseronokan dan ukhwah juga akan menjadi semakin akrab.

Saya juga percaya apabila kita berkongsi makanan manis, kita juga akan kongsi kegembiraan bersama,” ujar Dato’ Fazley ketika ditemui pada majlis pelancaran semula SukaSucre Bistro di Cheras.

 

Walaupun dikecam, fully-booked uolsss…

Hidangan aneka manisan ala ‘shell-out’ ini menampilkan konsep unik di mana meja dialas dengan parchment paper, disenikan dengan 6 jenis sos berbeza, 4 hingga 5 jenis kek, pisang goreng, macarons, meringue tart, sweet soils, ais krim, kuih keria dan pelbagai lagi manisan menarik.

Biarpun hidangan ‘Sweet Table’ mendapat kecaman segelintir pihak kerana dikatakan mencampak makanan, namun sambutan tempahan yang diterima oleh Cef Selebriti berusia 39 tahun ini sangat menggalakkan.

“Saya tidak mencampak tetapi saya melukis di atas meja. Di Malaysia mungkin sesuatu yang baharu, tapi di luar negara, hidangan ini sudah lama diperkenalkan. Bertepatan dengan tema SukaSucre Bistro, ‘Rembau To Paris’, saya mahu naik tarafkan makanan tempatan ke mata dunia,” katanya yang tidak menang tangan dengan tempahan yang diterima.

Rembau to Paris…

Hidangan yang mula diperkenalkan oleh Dato’ Fazley pada tahun ini disediakan untuk minima 6 orang dan maksima 10 orang. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu dari RM15-RM35.

Menurutnya lagi, setiap bulan ‘Sweet Table’ akan menampilkan tema yang berbeza di mana untuk bulan Februari menampilkan tema ‘Rembau To Paris’.

Bagi yang ingin merasai pengalaman ‘Sweet Table’ ini boleh singgah ke SukaSucre Bistro di Taman Permata, Cheras. Anda juga boleh membuat tempahan di talian 017-6946057.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Ehemm so apa status Ame dengan Aedy ya? Guna kreativiti masing masing ok

Featured Sun, 29 Jun 2025

Ezlisa Loy Sah bergelar Isteri Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz

Ezlisa Loy akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Hafiz Azizi.

Trending Tue, 13 Aug 2019
Featured Fri, 22 May 2026

Azar Azmi Sebak Kembali Ke Set Penggambaran – “Saya Gemuruh & Takut”

Azar Azmi dilihat teruja selain mengakui gemuruh untuk kembali beraksi dikaca tv.

Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

Featured Wed, 26 Jul 2023

Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Tak baik main tuduh tau, dah kurus confirm excited nak pakai baju lama kan?

Hiburan Fri, 28 Nov 2025

Beraksi Dalam Teater Muzikal Alumni ASWARA, Asmidar Hidupkan Naskhah ‘Paduka Cik Siti’

Pementasan arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini membawa penonton menyelusuri perjalanan epik Paduka Cik Siti Wan Kembang.

error: Content is protected !!