Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 21, 2018 @ 1:56pm

Kekal Lincah Di Ranjang Pada Usia 50-an? Ini 5 Tips Elak Cepat Menopause!

Sebut saja topik menopause, pasti terbayang golongan wanita berusia dan masalah putus haid yang dialami mereka.  Tapi tahukah anda bahawa menopause bukan sekadar berpusar soal kitaran haid terhenti?

Antara konflik batin akibat menopause, menyebabkan nafsu seorang wanita akan menurun sama sekali berbeza dengan nafsu suami.

Ramai di kalangan wanita yang mengalami transisi  menopause hilang selera untuk melakukan hubungan kelamin dan melakukannya dalam keadaan terpaksa, itupun mungkin cuma setahun sekali.


www.boredpanda.com

Seperkara yang ingin disentuh ini banyak berlaku di kalangan wanita menopause di mana tiap kali bersama suami, mereka akan mengalami masalah kerengsaan vagina yang teruk disebabkan faktor kemerosotan lender vagina yang menghalang proses penentrasi zakar ke dalam vagina.

Di samping masalah seks yang meruncing, emosi wanita menopause juga kebiasaaannya menjadi tidak stabil, stress, berlaku gangguan tidur, suhu badan tidak menentu dimana kadangkala terasa seperti berbahang panas dan kadangkala terlalu sejuk dan sebagainya.

Elak mengalami menopause yang menganggu emosi wanita sekaligus menghalang ia berlaku sebelum tiba waktunya, nah! terdapat lima tips yang boleh membantu wanita memperlambatkan proses putus haid dan terus hidup tanpa dibelenggu emosi!


markstengler.com

1. Amalan Gaya Hidup Aktif/Bersenam

Amalkan gaya hidup yang aktif bermula dari awal. Bersenam secara rutin sebanyak 3-4 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. Berjalan kaki di sekeliling taman setiap hari juga bagus untuk kesihatan dan membina pemikiran yang lebih positif.


www.healthline.com

2. Lebihkan Pengambilan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, ulaman dan juga buah-buahan. Selain membekalkan vitamin dan mineral secara semulajadi, ia juga dapat membekalkan serat penting dalam pola pemakanan kita.

financialtribune.com
Vegetables and Fruit Heart Shaped

3. “Say No to Caffeien!”, Minuman Berkarbonat dan “Fast Food”

Jauhi makanan yang tinggi kafein, minuman berkarbonat dan makanan segera kerana ia boleh mengganggu hormon dan tahap kesuburan wanita.


http://www.brockpress.com

4. Sentiasa “Maintain Body”

Jika mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, turunkan berat badan secara perlahan-lahan dengan cara yang sihat. Amalkan pemakanan seimbang setiap hari dan jadikan amalan seharian. Ini terbukti dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan berat badan tidak cepat naik.


www.freeimages.com

5.  Ambil Makanan Dan Vitamin Tinggi Antioksidan

Amalkan makanan yang tinggi antioksidan seperti kekacang, buah berry, coklat tanpa gula dan sayur-sayuran hijau. Ambil vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vitamin A, C , E dan Polyphenols.

Pengambilan makanan dan vitamin yang tinggi antioksidan ini perlulah dimulakan sejak awal usia lagi untuk memperlambatkan proses menopause. Sebaiknya amalkan vitamin seawal 25 tahun kerana banyak fungsi badan semakin merosot apabila kita berusia 25 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!

Featured Sun, 19 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

Untuk Elak Kereta Calar-Balar Selepas Cuci, Ikuti Tiga Langkah Ini

Teknik pencucian yang salah boleh mengakibatkan masalah yang tidak diingini.

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018
Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

error: Content is protected !!