Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 14, 2018 @ 10:47am

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Jurusolek dari Moscow, Russia, Goar Avetisyan, bukan sekadar mencari rezeki dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki.  Dia juga menggunakan kepakarannya untuk menaikkan semangat sesetengah golongan wanita dengan memberikan mereka makeover penuh glamour.

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit. Goar yang kini memiliki 4.6 juta followers di Instagram, sering memuat naik gambar-gambar makeover yang mendapat pujian pengikutnya. 

Wanita-wanita ini tak minta pun muka mereka diperlakukan seperti ini, namun mereka tetap gembira dengan perubahan yang Goar berikan, walaupun sementara.

Goar pernah berkata di Instagramnya yang dia mula melakukan makeover sebegini sejak 3 tahun lepas, tapi tak pernah sekalipun dia meminta wang untuk perkhidmatannya. “Transformasi ini adalah untuk jiwa saya, bukan untuk duit.”

Jom tengok gambar-gambar wanita-wanita ini, sebelum dan selepas mereka disolek. Memang awesome!

Goar menggunakan teknik smokey-eye untuk Vlada, seorang wanita yang telah melakukan 15 pembedahan mata.

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Tengok reaksi Vlada di sini selepas makeover.

Wanita ini pula datang dengan tattoo makeup di matanya, yang Gaor “lembutkan” dengan eyeshadow.

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Pada bulan Jun tahun lepas, Goar terbangkan Jamila dari Kizilyurt, Dagesta, ke Moscow untuk satu sesi makeover special.

Muka Jamila penuh dengan parut akibat kesan melecur yang dialaminya ketika berumur 2 tahun.

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Goar pun dah penat cuba pujuk neneknya untuk menerima makeover selama 17 tahun, dan akhirnya dia berjaya! Marvellous!

Tengok video transformasinya di sini.

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Marina ialah seorang pesakit kanser tahap 4, dan Goar menambahkan seri di mukanya dengan menggunakan eyeshadow berwarna pink. Sekarang nampak sweet sangat!

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Ekaterina juga menghidap kanser tahap 4, tapi Goar ingin meningkatkan positiviti dalam dirinya melalui makeover ini. Wow!

Foto: Instagram Gaor Avetisyan

Ada lagi banyak makeover yang Goar telah buat. Antaranya:

Sumber: Insider, Instagram Goar Avetisyan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 6 Aug 2018
Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Thu, 30 May 2019

Elemen glam dan tradisional serlahkan gaya klasik koleksi raya Shawlpublika

Himpunan rekaan Aidilfitri 2019 cipta sejarah tersendiri

Oh Lawa Mon, 13 May 2019

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Beberapa orang wanita telah mencuba! Jom ketahui hasilnya

Oh Lawa Mon, 26 Nov 2018

Kylie Jenner Dinobat Sebagai Ikon Fesyen 2018

Kylie memberikan keuntungan yang banyak kepada setiap jenama pakaian yang digayakan seperti Adidas, Dior, Victoria’s Secret dan Alexander Wang.

Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

Featured Wed, 18 Jul 2018

Tukar Imej Tudung, YB Nurul Izzah Dipuji Netizen!

Memang comel imej terbaharu YB Nurul Izzah ini!

error: Content is protected !!