Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 14, 2018 @ 9:51pm

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada memakai cermin mata. Yelah, macam mana nak menggayakan wajah dengan eye makeup kalau mata terhadang di sebalik kaca mata, kan?

No! Kalau anda memakai cermin mata, tak bermakna anda tak boleh melaram.

Foto: makeup.allwomenstalk.com

Ini tips makeup mata untuk wanita-wanita yang bercermin mata.

1. Pakai eyeliner biru navy atau burgundy. Kalau ia berkilat, lagi bagus.

Eyeliner hitam mungkin akan nampak terlalu berat di sebalik kanta mata. Warna biru atau burgundy boleh menyerikan lagi mata anda dan ia juga sesuai untuk semua warna kulit. Anda juga akan nampak lebih trendy.

2. Jangan pakai eyeshadow berwarna gelap.

Sebaliknya guna eyeliner warna panas seperti plum dan comotkan sedikit di lash line anda untuk memberi ilusi seksi dan dramatik tapi tak berlebihan.

3. Gunakan pelembap yang tinted untuk hilangkan kesan merah di atas hidung.

Bila anda tanggalkan cermin mata, mesti ada kesan merah di nose bridge (atau jambatan hidung) anda. Letakkan je BB Cream atau foundation di bahagian itu supaya kesannya tak nampak sangat.

4. Sapukan foundation berlebihan dengan kertas minyak untuk muka

Kadangkala foundation di muka itu tebal sangat sampai terkena pada kanta mata. Inilah sebab kenapa anda perlu sapu-sapu dulu muka anda dengan oil-control film atau tisu setelah siap bersolek. Kalau tak pun, pakai lapisan foundation yang nipis. Selepas memakai foundation, pakai bedak supaya cermin mata anda tak melekat pada kulit muka disebabkan foundation itu.

5. Lentikkan bulu mata supaya tak terkena pada kanta mata bila mata anda berkedip.

Sebelum mengenakan mascara, guna eyelash curler untuk lentikkan bulu mata anda. Pastikan anda kepit bulu mata anda betul-betul di dasarnya tau. Barulah ia lentik ke atas!

6. Tebalkan mascara di bahagian dasarnya, bukan bahagian hujung.

Pakaikan satu lapisan mascara macam biasa. Untuk lapisan kedua, fokus kepada bahagian dasarnya je. Kalau bahagian hujungnya tebal, nanti bulu mata anda akan terasa berat dan terkena pada kanta mata.

7. Kalau nak pakai eyeshadow, pilih warna terang.

Kalau anda pakai eyeshadow yang nampak dramatik, nanti bahagian mata anda nampak terlalu heavy. Jadi jika anda lebih gemarkan eyeshadow daripada eyeliner, pakai warna neutral seperti rose gold. Sapukannya serata kelopak mata dan blend di bahagian bucunya.

8. Jangan lupa pakai concealer di bahagian bawah mata.

Anda mungkin ingat cermin mata anda akan sorok dark circles anda, tapi kanta mata itu sebenarnya boleh membuatkannya nampak lagi besar dan jelas. Dab concealer ke atas kulit dengan jari dan pakai bedak juga lepas tu.

9. Jangan lupa bentukkan bulu kening.

Orang lain mungkin takkan nampak bulu kening anda kerana ia tersorok sikit di belakang bingkai kaca mata anda. Tapi anda perlu pakai juga eyebrow liner! Bulu kening anda akan membantu beri bentuk kepada muka. Barulah makeup anda betul-betul lengkap!

10. Biarkan bingkai kaca mata anda tentukan warna makeup mata.

Kalau bingkai anda berwarna hitam, anda bolehlah pakai eyeliner atau eyeshadow warna apa-apa pun. Kalau tak, anda boleh cuba warna gangsa atau coklat gelap. Untuk bingkai tortoise shell, pilih salah satu daripada warnanya supaya mata anda nampak lebih lembut. Apa-apa pun, pastikan eyeliner tu dipakai sedekat yang mungkin dengan lash line anda.

11. Bila tak pasti style apa yang sesuai, gunakan style cat eye.

Anda boleh eksperimen dengan teknik eyeliner ni. Kalau bingkai anda tebal, anda boleh lebihkan lagi lentikan teknik cat eye tu. Dengan ini, barulah kedua-duanya seimbang. Kalau cermin mata anda tak berbingkai, gunakan teknik double winged line.

12. Lengkapkan rupa anda dengan warna lipstick yang bold

Sekali lagi, balance memang penting. Cermin mata yang tebal, bila dipasangkan dengan lipstick berwarna merah terang atau hot pink, akan membuatkan rupa anda nampak lebih chic.

Sumber: www.cosmopolitan.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Ini Antara 5 Trend Hijab Raya 2018 Yang Pasti Memukau

Masih pening nak pilih hijab untuk bergaya di pagi Syawal? Jom tengok trend hijab r\Raya 2018 ini.

Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Mon, 9 May 2022
Events Thu, 18 Jun 2026

Tonton Non Stop, On Top! Tawar Hadiah Lebih RM700,000, Strim Drama & Menang Kereta Baharu

Menangi kereta baharu dan pelbagai hadiah lumayan bernilai lebih RM700,000 hanya dengan menonton drama kegemaran anda! Tonton Non Stop, On Top!

Featured Wed, 28 Sep 2022

Uqasha Senrose, Izara Aishah Tersenarai Dalam Golongan Selebriti Tak Buat Perubahan Wajah

Fuhhhh, Cantik sangat dua selebriti pujaan hati ramai ni 🤩🤩 Berlakon pun mantapp! 🥰

Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

Eat Travel Fri, 18 May 2018

Penyediaan Semudah ABC, Jom Belajar Masak Dessert Klasik Sago Gula Melaka Di Rumah

Sago Gula Melaka, antara hidangan klasik pencuci mulut yang cukup popular sepanjang Ramadan.

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Semakin Saya Biarkan, Semakin Melampau & Biadap!” – Ibu Zahirah Macwilson

Maslinda Yusoff berkata, hubungannya dengan anak-anak sudah tidak rapat sejak Ogos 2024 lagi meskipun dia dan suami sudah berusaha untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan tersebut.

error: Content is protected !!