Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 29, 2018 @ 2:18pm

Review Barang Mainan Di YouTube, Budak 6 Tahun Ini Peroleh RM42 Juta Setahun!

Kecil-kecil dah jadi jutawan. Cara dia mendapatkan keuntungan sebegitu pun nampak macam mudah, tapi orang dewasa belum tentu boleh ikut.

Budak lelaki bernama Ryan ini adalah hos untuk akaun “Ryan ToysReview” di YouTube di mana dia beri ulasan tentang barang mainan serta makanan kanak-kanak. Dia pun memang kanak-kanak, jadi seronoklah kerja dia!

Foto: YouTube Ryan ToysReview

Di dalam video-video yang disunting dan dimuatnaik oleh ibu bapanya hampir setiap hari, Ryan memberi pengulasan dengan jujur serta bersemangat.

Mungkin ramai penonton meminati personaliti serta kecomelan yang dipaparkan sehingga akaun YouTube tersebut kini memiliki 10 juta pengikut! Jumlah tontonan videonya pula, tak payah cakaplah berapa banyak.

Dan dari situlah Ryan memperoleh pendapatan pengiklanan oleh YouTube sebanyak US$11 juta. Ini untuk tahun lepas je tau!

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, Ryan menduduki tangga ke 8 antara artis-artis YouTube yang berpendapatan paling tinggi dalam tahun 2017. Wow!

Foto: kids.guinnessworldrecords.com

Akaun Ryan ToysReview ini mula beroperasi pada bulan Mac, 2015 ketika Ryan baru berumur 4 tahun. Kerana meminati video-video ulasan permainan, budak kecil ini teringin untuk mengeluarkan videonya tersendiri.

Foto: kids.guinnessworldrecords.com

Dengan pertolongan ibu bapanya, video-video Ryan mula viral pada bulan Julai tahun itu setelah Ryan memberi ulasan untuk kotak “Giant Egg Surprise”. Video tersebut kini sudah mencecah 857 juta tontonan.

Bukan semua orang boleh capai populariti semudah ini. Ryan ni memang bertuah. Dan nasib baik dia comel. Tengok video ni!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Featured Mon, 25 Nov 2024

Digelar Ular & Pandai Putar Belit Cerita, Yuka Kharisma Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Madammu… Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Melampau

Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Featured Wed, 10 Sep 2025
Acara Mon, 15 Jul 2019

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Kategori baharu, kaedah undian dan persembahan lebih menarik

Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
error: Content is protected !!