Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 5, 2018 @ 6:12pm

Kaki Kejang Semasa Hamil? Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Kejang kaki adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang sedang hamil dan ia berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang.

Kebiasaannya kekejangan ini akan berlaku pada waktu malam ketika anda sedang nyenyak tidur. Mesti terus terbangun sebab rasa kesakitan pada kaki tersebut! 

Menurut Dr. Nurhazinat Yunus, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Tropicana Medical Centre, kekejangan pada betis kaki biasanya berlaku pada waktu malam kerana keadaan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur, ataupun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang.

Apabila anda mengalami kekejangan, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki secara perlahan-lahan, bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.

Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya anda bersendirian, anda boleh membongkokkan badan anda secara perlahan-lahan dan capai jejari atau ibu jari kaki, kemudian tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.

Anda juga boleh mengurangkan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis dengan perlahan-lahan. Sekiranya tidak berjaya, bangun daripada katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.

Ini pula cara untuk mengelakkan kekejangan untuk terus berlaku:

1. Meregangkan otot betis

Anda boleh melakukan aktiviti regangan sebelum masuk tidur bagi mengelakkan kejang betis semasa hamil. Cara regangan pula dengan berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding. Letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri.

Secara perlahan-lahan anda bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus dan tapak kaki tidak berganjak dari lantai. Tahan regangan tersebut selama 3o saat, berhati-hati untuk mengekalkan bahagian belakang anda dalam posisi lurus dan peha anda ke hadapan. Kemudian tukar kaki, dan ulang cara regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 hingga 10 minit.

2. Kekal aktif

Anda perlu melakukan senaman atau aktiviti regangan setiap hari untuk mengekalkan kecergasan badan ketika hamil. Apabila anda aktif, risiko untuk mengalami kekejangan kaki akan berkurangan. Selain itu, anda juga perlu mengelakkan diri daripada berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

3. Vitamin dan mineral tambahan

Anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potasium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang, dan buah-buahan kering. Selain itu, anda juga boleh makan pisang setiap hari kerana ia kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangkan kekejangan otot. Jangan lupa juga minum susu untuk mendapatkan kalsium yang cukup semasa hamil.

4. Air yang mencukupi

Foto: MomJuntion

Anda perlu minum air dengan kadar yang mencukupi bagi memastikan badan sentiasa terhidrat dan membantu untuk mengelakkan kekejangan otot. Selain itu, anda juga perlu peka dengan warna air kencing sekiranya ia berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air dengan secukupnya.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda yang sedang hamil dan diharapkan tidur malam anda akan lebih nyenyak tanpa gangguan kekejangan pada kaki lagi!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

15 Info Menarik & Pelik Yang Anda Tak Tahu Mengenai Kedai Perabot IKEA

Selepas ini, anda gerenti akan rasa lebih kagum.

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Mariah Carey Luahkan Rasa Hati Setelah Bergelut Dengan Gangguan Bipolar Dalam Diam

Kehidupan Mariah sering melalui liku-liku tajam yang memang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan mental mana-mana individu.

Featured Wed, 2 May 2018

PRU14: Item Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Sebelum Keluar Mengundi

Hijab & Heels ingin membongkar barangan yang perlu ada di dalam beg tangan wanita sebelum keluar mengundi.

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.

Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Awas Si Kuat Sentap, Jangan Sampai Rakan Anda Meluat!

Tidak kiralah sebaik dan setulus mana pun hati anda tetapi kalau kuat sentap, memanglah kawan-kawan sekeliling akan lari.

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

error: Content is protected !!