Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 19, 2018 @ 11:00am

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Zaihani atau mesra dengan panggilan Kak Zai, menerusi laman Facebook peribadinya dua hari lalu telah mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan ramai berbunyi, “Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payah lah datang (Fashion Show), sebabnya peha awak tu melimpah dekat kiri dan kanan. It is so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!”

Kenyataan panas itu mengundang rasa tidak senang netizen yang menganggap di usia emas, Zaihani tidak seharusnya ke pertunjukan fesyen dan sepatutnya ke kelas agama sahaja.

Beliau bukan sahaja teruk dikecam netizen, tetapi golongan selebriti dan pereka fesyen juga turut memberikan maklum balas terhadap perkara ini. Terbaru, anak kepada Timbalan Menteri Malaysia, Nurul Hidayah Zahid Hamidi juga tidak ketinggalan memberikan komen dan tampil mengulas isu.

Foto : ohbulan.com

Menerusi satu muat naik di laman Instagram Nurul Hidayah, beliau nampaknya telah menulis caption yang agak panjang, yang ditujukan khas buat pengulas fesyen tersebut.

Manakala seorang pereka fesyen terkemuka tempatan, Calvin Thoo turut meluahkan rasa tidak selesa dengan kenyataan dikeluarkan Zaihani. Katanya wanita itu tidak berhak untuk menghalang mana-mana individu bersaiz besar dari menghadiri fashion show.

Ujar Calvin, jika Zaihani tidak menghormati orang lain, sudah tentunya pihak lain tidak akan menghormatinya juga. Dakwa Calvin, ramai yang sebenarnya tidak menyukai personaliti fesyen itu dalam diam.

Beberapa pereka fesyen terkenal lain turut memberi respon terhadap kenyataan Kak Zai, antaranya Tom Abang Saufi yang memuat naik dua gambar berlainan kapsyen sebagai sindiran buat Kak Zai.

Pereka fesyen Adila Long pula memberi kenyataan yang lebih pedas kepada Kak Zai, di mana akhir kenyataannya menyebut “watch your mouth, or stay home!”

Foto : Instagram Adila

Sementara itu model  kontroversi Alicia Amin turut memberi sepatah dua kata sekaligus menyuarakan rasa tidak setuju terhadap apa yang diluahkan Kak Zai.

Foto : Twitter Alicia Amin

Sementara itu, Angah Raja Lawak menempelak pertuturan Kak Zai tidak melambangkan usianya dan menggesa fashionista kertu (tua) itu membuat permohonan maaf.

Foto : www.mediahiburan.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 May 2026

Strim MPL MY S17 Di Tonton, Berpeluang Menang Hingga 4,450 Diamonds!

Tonton turut memperkenalkan kempen Tonton & Menang: MPL MY S17 yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan penglibatan pengguna sepanjang musim kejohanan berlangsung.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Fri, 9 May 2025

[VIDEO] “Jangan Kau Mimpi Aku Akan Jatuh!” – Nilam Ortiz Dah Pasang ‘Bodyguard’, Tak Hirau Kecaman Netizen

Nilam menegaskan dia tidak peduli atau terkesan sama sekali dengan kritikan

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

error: Content is protected !!