Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Yanie Baharom April 19, 2018 @ 12:00pm

Kadar Gangguan Mental Meningkat Gara-Gara Terlalu Obses Dengan Perkahwinan Diraja

Adik kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Meghan Markle pada Mei ini di Istana Windsor, United Kingdom.

Rata-rata rakyat British berasa amat teruja dengan perkhabaran gembira itu. Namun ada pula dalam kalangan mereka dilaporkan terlalu obses hingga mengakibatkan gangguan kepada kesihatan mental.

Laporan Reuters yang memetik pandangan pakar menyebut bahawa kebimbangan kesihatan mental dalam kalangan peminat pasangan tersebut kini berada pada tahap tertinggi sejak Putera Harry dan Meghan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2017.

Foto : Reuters

Menurut laporan itu, peminat yang terlalu obses terhadap sesuatu sehingga keluar daripada realiti kehidupan sebenar hanya akan merosakkan diri mereka dan berkemungkinan memberi kesan yang sangat berbahaya, kata pakar psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Langone New York, Sue Varma.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan minat terhadap keluarga diraja; saya tidak rasa ia satu masalah besar.

“Namun obsesi hanya akan menyebabkan seseorang kekurangan masa pada aktiviti lain, antaranya meluangkannya dengan anak-anak atau pasangan masing-masing,” kata Sue.

“Masalah hidup dalam dunia fantasi ini sangat rumit kerana ia tidak mempunyai hubungan atau interaksi di antara dua pihak,” tambahnya.

Foto : Reuters

Pakar psikiatri itu juga menjelaskan bahawa obsesi terhadap selebriti,khususnya pasangan diraja Putera Harry dan Meghan, boleh membawa kepada masalah keyakinan diri seperti gangguan dismorfik badan.

“Jika orang ramai terlalu taksub dengan selebriti, ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.

“Tanggapan bahawa diri mereka tidak setanding selebriti idaman hanya akan membuatkan mereka memilih untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiknya, termasuk menjalani pembedahan plastik,” jelasnya lagi.

Menjelang majlis perkahwinan pasangan diraja itu, Sue meminta peminat agar bijak mengawal emosi dan memastikannya agar berada pada tahap tidak melampau yang boleh membahayakan diri.

Foto : Malaysia Gazette

Sumber : Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Mar 2022

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Fuh.. Rupa-rupanya Iqbal dicabar oleh DSV untuk membuktikan cintanya.. tetapi.. Klik artikel untuk baca berita penuh!

Featured Thu, 21 May 2020
Featured Tue, 20 Dec 2022
Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

error: Content is protected !!