Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 2, 2018 @ 11:16am

PRU14: Item Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Sebelum Keluar Mengundi

Ketika ini di kebanyakan tempat baik di dalam bandar mahupun luar bandar merangkumi kediaman teres juga perkampungan, merata-rata bendera parti politik dipacak.

Sememangnya ia sudah menjadi satu tradisi juga inisiatif penyokong parti setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Justeru bersempena kedatangan PRU ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung 9 Mei ini, Hijab & Heels ingin membongkar barangan yang perlu ada di dalam beg tangan wanita sebelum keluar mengundi.

1. Kad Pengenalan

Foto: petrolpricemalaysia

Selain perkara wajib iaitu duit, kad pengenalan adalah dokumen paling penting yang wajib anda bawa semasa mengundi. Sebabnya apa, kalau tertinggal kad pengenalan anda memang tidak akan dibenarkan mengundi sekalipun menangis air mata darah. Malah, ia juga tidak boleh diganti dengan lesen memandu.

Bukan itu saja sekiranya berlaku ‘ops banteras pendatang asing’ sah-sah anda akan diangkut ke lokap dulu sebelum diberi ruang membuktikan status kerakyatan anda. Jadi pokoknya, kad pengenalan amatlah penting dan pastikan sentiasa ada di dalam beg anda.

2. Payung Lipat

Beratur panjang sebelum tiba giliran, merupakan adat dan senario biasa sepanjang mengundi. Konsep cabut nombor kemudian balik makan tengahari, itu tidak berlaku ya sepanjang PRU. 1st come 1st serve! Jadi, jika enggan kulit terbakar dek sinaran matahari yang membahang, tambahan pula cuaca hujan kebelakangan ini, silalah bawa payung lipat bersama anda.

3. Wet Tissue / Tisu Kering

Masih lagi bersangkut paut dengan keadaan beratur panjang dan cuaca. Kalau dah beratur lama dalam cuaca panas, memang menitik juga peluh dibuatnya. Jadi, standby la tisu ya. Jangan lupa juga bawa tisu lembap sekali sebab nak lap dakwat kekal yang digunakan untuk mencalit jari pengundi.

4. Handy Mini Fan

‘Your country is very hot!’ Statement yang cukup sinonim untuk mengambarkan keadaan cuaca khatulistiwa negara ini. Jadinya, disarankan mereka yang keluar mengundi itu bawa handy mini fan supaya anda tetap berasa nyaman meskipun bertemankan terik matahari.

5. Lipstick dan Compact Powder

Walaupun sekadar keluar mengundi, maintain tetap kena maintain. Janganlah ladies-ladies sekalian tinggalkan rumah dengan wajah ‘seposen’! Memadai dengan memakai bedak dan gincu tapi jangan pula sampai berlebihan, hinggakan bulu mata palsu pun nak dipakai! Alat solek ini bukanlah wajib, tapi dah nama pun perempuan. Kalau selepas mengundi nak jalan-jalan ke mall ke, bolehlah touch up dulu. Mana tahu, makeup anda dah cair selepas setengah hari berada di pusat mengundi.

6. Perfume

Bagi mereka yang mudah berpeluh tu, wajiblah standby item ini. Bukannya apa, untuk keselesaan diri dan orang sekeliling anda juga. Lagipun, mana tahu selepas beratur panjang, badan dah berbau, jadi bolehlah sembur untuk menyahkan bau yang kurang menyenangkan itu.

Selain itu, janganlah lupa bawa barangan-barangan lain yang penting seperti kunci, ubat-ubatan dan beg duit. Apapun, buat persediaan awal ya. Kalau boleh, malam sebelum mengundi tu packing barang anda awal-awal supaya tidak ada barang yang tercicir. Selamat mengundi!

Untuk maklumat terkini tentang PRU 14, anda boleh menjengah ke portal MyUndi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial

Penyanyi Fuad Rahman kecewa dengan tindakan isterinya yang juga penyanyi, Tom yang dilihat sengaja menjaja kisah peribadi mereka di sosial media.

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Fri, 24 Sep 2021

BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah : “Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak […]

Featured Sat, 13 Dec 2025

Haiza Tak Sangka Bawa Balik Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH37, Janji Tunai Manifesto ‘Korban’ Lembu

“Doakan ya ada rezeki kita akan berkumpul ramai-ramai untuk kenduri rakyat nanti” – Haiza

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019
error: Content is protected !!