Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin May 2, 2018 @ 3:04pm

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Tahukah anda, sekiranya anda mendukung bayi sambil melihat ke arah cermin, ia akan membantu merangsang otak anak anda. Lagi bagus ketika bayi melihat cermin, anda berinteraksi dengannya! Kalau anda perasan, bayi akan lebih teruja apabila melihat dirinya sendiri di dalam cermin. 

Apa kata lepas ini anda jadikan aktiviti melihat cermin ini sebagai rutin harian dalam penjagaan bayi anda, sedikit sebanyak dapat membantu bayi anda dalam membentuk minda mereka. Cubalah layan dan beri rangsangan serta penjelasan imej siapa yang dilihat di dalam cermin tersebut. Hal ini kerana, daripada cermin terdapat banyak perkara yang boleh bayi anda belajar. 

Foto: Facebook Mahfuzah Zainol

Kami kongsikan pendapat Puan Mahfuzah Zainol sebagai Occupotional Therapist tentang kebaikan aktiviti melihat cermin dalam kalangan bayi. 

1. Bayi yang melihat refleksi diri sendiri di cermin boleh merangsang eye contact dan focus skills.

2. Rangsangan bayi menggunakan cermin boleh meningkatkan curiosity to explore. Ini kerana, bayi akan menyentuh cermin untuk memegang image yang dilihat.

3. Bayi juga belajar untuk membuat facial expression. Di mana ada cause (sebab) dan effect concept (kesan) di situ. Contohnya, muncungkan bibir, nampak hasilnya di cermin. Ia boleh merangsang perkembangan sosial mereka juga!

4. Aktiviti menggunakan cermin juga dapat merangsang perkembangan kognitif iaitu konsep object permanent. Mereka akan memahami bahawa sesuatu objek itu wujud walaupun tidak disentuh atau dirasa dengan menggunakan deria sensori mereka.

Jadi, lepas ini anda bolehlah lakukan aktiviti melihat cermin ini setiap hari. Bayi anda pasti suka melihat dirinya sendiri. Kalau nak bayi anda bijak, carilah aktiviti sebegini yang boleh meransang minda mereka. Yang penting anda perlu kreatif!

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 8 Nov 2018
familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Fri, 26 Jul 2019
familuv Thu, 20 Sep 2018
familuv Fri, 19 Oct 2018

Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

Tidur yang mencukupi akan membuatkan anak anda sentiasa cergas dan aktif!

familuv Wed, 15 Jun 2022
familuv Fri, 14 Jun 2019

Fahami erti dan perbuatan nusyuz termasuk penyelesaiannya, mohon hadam betul-betul!

Jaga tingkahmu wahai isteri jangan sampai jatuh nusyuz!

familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil

familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

error: Content is protected !!