Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin May 4, 2018 @ 5:00pm

Kalau Tak Nak Kena Denda RM5000, Jangan Sebar Gambar Kertas Undi. Take Note Ya!

Tinggal berapa hari saja lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung pada 9 Mei ini. Anda rasa tak sabar tak nak pergi mengundi? Sebelum anda pergi mengundi nanti, penulis nak pesan bahawa anda perlu tahu tentang kesalahan yang tidak dibenarkan dilakukan semasa mengundi nanti.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan satu kenyataan yang melarang mana-mana pengundi terutamanya yang mengundi secara pos sama ada di dalam atau luar negara untuk tidak memuatnaik gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul berkaitan PRU14.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, larangan yang dilakukan itu adalah sebagai memastikan ketelusan undi adalah rahsia dan tetap terpelihara dalam PRU14.

“Larangan ini meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.

“Ia juga bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung,” katanya.

Foto: Utaranews

Jelasnya lagi, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Bukan itu sahaja, individu yang didapati bersalah itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun daripada sabitan itu. Jadi, anda yang undi pos perlu ambil tahu tentang amaran ini! 

Yela, sekarang ini semua orang suka viral tentang sesuatu yang mungkin boleh cetuskan kontroversi. Ingat! Jaga batas perbuatan anda kalau tak nak kena denda! Tidak semua perkara boleh kita share dengan orang lain, begitu juga dengan pengundian adalah rahsia dan tidak perlu untuk anda sebarkan. Hati-hati!

Sumber: Utaranews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Sangat Bangga Bonda Rozita Jadi Kakak Ipar” – Rebecca Nur Al Islam

“Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun” – Rebecca Al Islam

Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Tue, 17 May 2022
Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Selepas Berjaya Dengan Single Pertama, Madam Tampil Dengan Musnah

Selepas dikenali menerusi lagu Luka yang meraih lebih 5.1 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan Madam kini tampil dengan single kedua yang berjudul Musnah. Dianggotai empat jejaka berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Fri, 15 Dec 2023
Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Tue, 6 Feb 2024

Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Sebagai rakyat Malaysia, min berbangga dengan kedua-duanya. Masing-masing hebat!❤️

error: Content is protected !!