Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 14, 2018 @ 1:30pm

Trafik Laman Sosial Pelakon Ben Amir Sesak Gara-Gara Dikatakan Seiras Wajah Syed Saddiq

Dikatakan seiras wajah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, 25, pelakon meningkat naik Ben Amir terkejut apabila Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen mengaitkan persamaan wajah mereka berdua sehingga menjadikan trafik laman sosialnya itu sesak sejak keputusan Pilihan Raya ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 28, berkata, dia melihat dari sudut positif komentar netizen berhubung isu berkenaan kerana secara peribadi menjadikan Syed sebagai idola dalam memperjuangkan suara anak muda.

“Diakui, memang ramai peminat yang ‘mention’ di Twitter dan Instagram mengatakan muka dan kening kami sama. Betul ke? Saya sendiri pun tak pasti. Tetapi apabila saya tengok balik, rasanya bahagian kening yang sama sebab tebal.

“Terus-terang saya tak ada masalah orang cakap macam itu. Apa yang penting adalah perjuangan anak muda yang lebih baik.

“Dia juga memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat orang muda untuk berjuang, sekali gus memberi nafas baru untuk orang muda,” katanya.

Ben yang juga pelakon Jojie Gigil di TV3 berkata, dia menyifatkan suara perjuangan Syed inspirasi kepada golongan muda.

“Saya mula tahu Syed apabila orang mulai memperkatakan dirinya di laman sosial. Dia banyak bersuara mengenai masa depan golongan muda.

“Malah perjuangan sama juga ada dalam diri saya. Bagi saya ia lebih penting daripada rupa. Kita mahu peranan anak muda lebih lagi dalam mewujudkan Malaysia baru.

“Saya juga berharap lebih ramai lagi anak muda bersuara dan menggunakan pengaruh pengikut di laman sosial untuk kebaikan di Malaysia dan bukan menimbulkan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Trending Wed, 8 Jan 2020

Pesawat Ukraine Seramai 170 Maut Akibat Terhempas di Tehran

Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 170 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan […]

Featured Fri, 4 Nov 2022

Yana Lancar Lagu Balada “Escape”, Inspirasi Kisah Cara Mencintai Diri Sendiri

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana yang dahulunya menggunakan nama Shalma Eliana kini terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan dan bakat yang ada pada dirinya. Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, […]

familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

Featured Sat, 24 Jul 2021

Pelakon Veteran Datuk Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu. Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya […]

error: Content is protected !!