Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Sihat By: tex_admin May 14, 2018 @ 4:00pm

Jambu Air Ada Khasiat Yang Tersembunyi. Anda Patut Tahu!

Bertuah bagi anda yang suka makan buah jambu air! Kalau anda nak tahu, buah ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan kita. Nak tahu antara khasiatnya? Penulis senaraikan 4 khasiat jambu air ini:

1. Sebagai antioksidan untuk kulit

Kandungan vitamin C dalam jambu air berperanan penting untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak khususnya sebagai perawatan kulit. Ia juga menjadikan kulit anda tampak lebih segar dan dalam pada masa yang sama peredaran darah lebih lancar.

2. Mencantikkan kulit

Untuk pengetahuan anda, vitamin C dan A yang terkandung dalam buah jambu air ini dipercayai sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yang didapati daripada 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Selain itu, vitamin A yang terkandung dalam jambu air ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah epal.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Kandungan serat dan air yang banyak dalam jambu air sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Bukan itu sahaja, khasiatnya dianggap sebagai ‘komponen diuretic‘ atau merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. 

4. Menjaga kesihatan mata

Jambu air yang mengandungi vitamin A sememangnya diperlukan oleh mata kita agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia kita. Kalau anda yang mengantuk atau mata kuyu boleh makan jambu air ini untuk mengatasi mata anda yang sedang letih.

Bagus kan jambu air ini? Lepas ini, anda boleh bawa bekal jambu air ini ke pejabat, sekiranya anda mengantuk boleh terus makan, pasti menyegarkan!

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Tue, 11 Jun 2019
Sihat Fri, 20 Mar 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tangani dengan berkesan sebelum lebih teruk

Featured Mon, 3 Sep 2018

Daripada Autisme Kepada Genius, Individu Ini Buktikan Autisme Bukan Satu Kekurangan

Pengidap autisme, Dr. Temple Grandin buktikan bahawa perbezaan bukan bermakna kekurangan.

Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Sihat Tue, 11 Jun 2019

Berat badan naik mendadak ketika raya, ketahui tip pemakanan sihat sepanjang Aidilfitri

Jangan dah gemuk dan sakit, baru nak menyesal tak sudah

Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

error: Content is protected !!