Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 22, 2018 @ 1:00pm

Ingin Nikmati Bufet Ramadan Yang Lazat Dan Berpatutan? Jom Singgah Laman Kayangan Shah Alam

Sudahlah harga yang ditawarkan kepada pengunjung berpatutan, bahkan di Laman Kayangan Shah Alam ini anda boleh menikmati hidangan berbuka terdiri daripada makanan signature dish sesetengah negeri termasuk Singapura.

Selain Sup Tulang dan Nasi Arab Kambing Golek yang menjadi tarikan utama bufet Ramadan bertemakan Jom Berbuka Kembara Selera Memikat Jiwa, anda juga berpeluang menikmati hidangan popular negeri Johor seperti Kacang Pool Larkin.

Selain Sup Tulang Merah (Singapura), Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya membuatkan mata rambang. 

Foto: 11Street

Terdapat 11 gerai kesemuanya bermula dari huruf A hingga J yang menyediakan kepelbagaian menu menarik. Selain gerai “Beverages” (Tak Tuang Tuang) termasuk section kuih-muih tradisional serta buah-buahan yang mana kadar bayaran untuk kesemua ini hanya RM65 untuk orang dewasa manakala RM35 (kanak-kanak & warga emas).

Foto: 11Street

Tidak hanya ruang makan yang selesa, luas dan berhawa dingin, kemudahan lain turut disediakan buat pelanggan adalah, tempat letak kereta secara percuma, surau dan persembahan ghazal yang bakal menghiburkan anda sepanjang berbuka.

Untuk mengetahui menu bufet yang terdapat di Laman Kayangan Shah Alam, jom kita jengok senarai hidangan di bawah ini :–

1. Gerai A (Bombastik)

  • Roti Boom Kuah Kari & Sambal Sardin

2. Gerai B (Kacang Pool Larkin)

  • Kacang Pool & Condiments

Foto: 11Street

3. Gerai C (Mat Tak Done)

  • Pasta Station Asian Flavor menghidangkan 3 jenis pilihan sos iaitu Green Curry Bolognese, Chicken Curry dan Tomyam Tomato.

4. Gerai D (Periok Belanga)

  • Nasi Putih, Nasi Kebuli / Nasi Kacang Dhal / Nasi Daging
  • Ayam Kalio / Ayam Kapitan / Ayam Palembang / Ayam Masak Lada Hitam / Ayam Masala
  • Daging Kerutuk / Daging Salai Masak Lemak / Daging Bamia / Daging Masak Merah Thai / Daging Halia
  • Ikan Masak Kunyik Berlada / Ikan Asam Pedas / Ikan Masak Cuka / Ikan Lemak Tempoyak / Ikan Keng Som
  • Rendang Kacang Buncis / Sayur Campur SS / Terung Lomak Cili Api / Sayur Petola Rampai Udang
  • Nasi Arab, Ayam Panggang, Gulai Kambing, Daging Panggang, Salata & Sup

Foto: 11Street

5. Gerai E (Teluk Kumbaq)

  • Gorengan (Lok Lok & Cendawan)

6. Gerai F (Kap Khun Khap)

  • Teppan Noodles & Chicken Phad Thai

7. Gerai G (Mr Burn)

  • Grilled & BBQ (Ayam Percik, Sosej, Ikan, Fillet Ayam)

Foto: 11Street

8. Gerai H (Round The Clock)

  • Dessert & Fruit Counter

9. Gerai I (Noodle In Boat)

  • Laksa / Mee Jawa / Wantan & Dumpling / Mee Kari Nyonya

10. Gerai “Beverages” (Tak Tuang Tuang)

  • Air Jagung, Air Limau Asam Boi Ipoh Mali, Air Sirap Selasih Ku Sayang, Teh Ais Kaw Kaw, Kopi & Teh Tarik panas, Cendol / Aiskrim

Foto: 11Street

11. Gerai J (Aeroon Pak Ajis)

  • Sup Tulang Merah

Untuk  sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Puan Rohayah (016-2656510) dan Puan Nor Iliana (019-311 7443 / 03-5542 4200).

Foto: 11Street

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Fri, 5 Oct 2018
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

Peminat filem Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang ini!

Eat Travel Tue, 29 Oct 2019
Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Eat Travel Tue, 26 May 2020
Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Elak daun kesum layu, kekalkan kesegaran seperti baru dipetik

Kaedah ringkas pastikan daun kesum kekal beraroma

Eat Travel Sat, 5 May 2018

Restoran Ini Beri Burger Percuma Jika Anda Mengundi Untuk PRU14, Jom Serbu!

Para pengundi yang tinggal di Lembah Klang, jangan lepaskan peluang ini!

error: Content is protected !!