Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom June 7, 2018 @ 1:00pm

Tak Jadi Kahwin Jutawan Arab, Rihanna Putuskan Hubungan Kerana Bosan

Hasrat untuk mengahwini juwatan Arab Saudi nampaknya tidak kesampaian apabila penghibur antarabangsa, Rihanna membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Hassan Jemeel.

Pasangan sejoli itu sebelum ini merancang untuk berkahwin bagaimanapun disebabkan beberapa masalah antaranya Rihanna atau mesra disapa Riri mendapati hubungan mereka membosankan, lalu menggesanya untuk memutuskan hubungan mereka sekaligus kembali fokus kepada kerjaya nyanyian.

Foto: theverge

“Riri (Rihanna) dan Hassan bersama buat seketika. Mereka menjalinkan hubungan yang baik, tapi kini sudah berakhir.

“Sudah tentu Riri yang menyakitkan hatinya (Hassan). Riri hanya bosan dengannya. Dia kadang-kadang bosan dengan lelaki,” menurut seorang sumber.

Foto: E!

Kisah percintaan Rihanna dan Hassan Jameel mula menjadi perhatian umum selepas foto kemesraan mereka berdua tersebar sekitar Julai 2017.

Hassan Jameel adalah seorang usahawan muda juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel. Perusahaan itu memegang hak edaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi.

Sumber: Elite Daily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jul 2025

Warganet Kutuk Aksi Terlebih Mesra Kael & Model Muslimah… Siap Pakai Baju Ketat & Berpelukan

Pasangan ini mencuri perhatian apabila selamba memuat naik video ‘panas’.

Featured Thu, 12 May 2022
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Anak-Anak Beraya Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Tak Sedih… Anggap Peluang ‘Me Time’

Diana Danielle anggap peluang untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri

Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Mon, 7 Oct 2024
error: Content is protected !!