Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 12, 2018 @ 9:00am

Pasta Yang Anda Mesti Tahu Masak Adalah Spaghetti Bolognese, Ini Dia Resipinya

Masakan terkenal dari Itali, iaitu pasta, memang dah biasa dinikmati oleh orang Malaysia. Ada banyak jenis, seperti bolognese, carbonara, lasagne, fettuccine alfredo dan ravioli.

Sebab itu, jika anda ingin meluaskan pengalaman anda di dapur, anda mesti sekurang-kurangnya tahu memasak salah satu daripadanya.

Yalah, tak adalah nanti anda hanya tahu masak masakan Melayu saja, antarabangsa pun tahu! Bolehlah show off dekat kawan-kawan atau sanak-saudara.

Hidangan pasta yang paling command pun adalah Spaghetti Bolognese, jadi kami ada sediakan mudah resipi untuk anda ikuti. Tak susah pun!

Bahan-bahannya:

450 gram daging cincang

2 sudu kecil minyak masak

1 biji bawang besar, dipotong dadu

1 biji cili Benggala (bell pepper), dipotong dadu

2 ulas bawang putih, dicincang

1 tin tomato dipotong kiub

2 sudu kecil daun basil yang telah dikeringkan

1 sudu kecil oregano

¼ sudu kecil garam

1 cubit serbuk cili kasar

300 gram spaghetti

¼ cawan keju Parmesan, diparut

Optional: 1 sudu besar tomato puree (jika anda mahukan sos yang lebih pekat)

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana tinggi.

2. Tumis daging dan leraikannya dengan sudip sampai ia masak dan kekuningan.

3. Masukkan bawang besar dan cili, dan teruskan menumis hingga bawang menjadi lutsinar.

4. Masukkan bawang putih dan kacau selama 2 minit.

5. Masukkan tomato (serta tomato puree jika ada) dan rempah dan kacau rata.

6. Rendahkan api dan biarkan mereneh selama 10 ke 15 minit. Tutup api selepas itu.

7, Sambil itu, rebus spaghetti anda. Toskan betul-betul.

8. Di dalam pinggan, letakkan spaghetti yang siap dimasak dan tuangkan sos tomato di atasnya.

9. Taburkan keju di atasnya. Dah siap!

Sumber: Chef Colton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 14 Aug 2019

Sajian menu tempatan dalam suasana klasik Eropah

Semua hidangan pun lazat, rugi kalau tak cuba!

Eat Travel Wed, 26 Dec 2018

Grilled Chicken Caesar Salad, Menu Diet Yang Sihat Lagi Lazat!

Semoga perancangan diet anda mencapai target!

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Enak dimakan seisi keluarga

Eat Travel Sat, 18 May 2019
Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Fri, 30 Nov 2018

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Jangan sangka ia tak berguna langsung; nanti menyesal.

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018

3 Kesilapan Lazim Apabila Memilih Baju Raya Yang Orang Selalu Buat

Check jika anda tergolong sekali dan ada buat silap begini.

Eat Travel Wed, 11 Mar 2020
Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Chicken Cheese Ball ini pelengkap waktu berbuka puasa anda.

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!