Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 7, 2018 @ 5:00pm

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kylie Jenner mungkin dah berhenti memuat naik gambar anaknya Stormi Webster buat masa ini ekoran komen-komen negatif sesetengah netizen.

Tapi itu tak membantutkan keinginannya untuk berkongsi tentang kehidupan si kecil ini sebagai salah seorang ahli keluarga Kardashian-Jenner.

Baru-baru ini Kylie telah memuat naik sebuah video pendek di akaun Snapchatnya tentang koleksi kasut Stormi.

Dia baru saja berumur 5 bulan tapi dia dah memiliki koleksi yang mengalahkan orang dewasa! Tengok sendiri menerusi video ini dan lihat banyak mana kasut yang dia ada!

“Stormi akhirnya boleh pakai sesetengah daripada kasut sneakersnya. Comel sangat,” kata Kylie dalam video ini.

“Ayahnya ada berikan beberapa pasang kasut vintage. Saya akan dapat tengok sama ada dia suka pakai atau tak.”

Hmm, betul juga. Tak mungkin dia akan suka kesemuanya, tapi walaupun dia belum boleh jalan lagi, dia dah ada koleksi sebesar ini.

Dengan jenama designer terkemuka seperti Giuseppe Zanotti and Gucci, kita yang lain ini boleh mimpi sajalah.

Foto: Kylie Jenner

Kalau kasut saja pun dah meriah begini, takut pula nak bayangkan koleksi pakaian Stormi sebesar mana, dan jenama apa yang ada.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Trending Tue, 17 Jul 2018

Golongan LGBT Perlu Hak Sama Rata, Jangan Diskriminasi

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

familuv Fri, 20 Jul 2018
Trending Tue, 2 Feb 2021

“Rasa Macam Jantung Berada Di Lantai” – Video Uyaina Arshad Hampir Terjatuh Ketika Mengacarakan WHI Tular

Aksi pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad yang hampir terjatuh ketika mengendalikann segmen tajaan di program Wanita Hari Ini TV3 meraih perhatian netizen. Berkongsi sedutan video terbabit menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, […]

error: Content is protected !!