Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops July 18, 2018 @ 10:00am

Untuk Satu Instagram Post Berbayar, Kim K Diberi Token Lebih Banyak Daripada Gaji Presiden Trump!

Instagram bukan lagi platform untuk berkongsi foto percutian anda, ataupun apa yang anda makan untuk sarapan pada hari ini.

Kini ia telah menjadi platform untuk menjana pendapatan, dan jika anda popular macam Kim Kardashian, gerenti anda boleh buat duit banyak.

Menurut laporan terkini oleh laman web medical journalism STAT, untuk satu Instagram post saja, Kim telah dibayar sejumlah wang yang lebih banyak daripada gaji setahun Presiden Donald Trump!

Pihak STAT telah merujuk kepada kontrak di antara syarikat perubatan Duchesnay USA dengan syarikat Kim, Kimsaprincess.

Ia menyatakan yang Kim akan dibayar USD500,000 untuk satu Instagram post. Satu saja! Wow, kalah gaji Trump, iaitu sebanyak USD400,00 setahun.

Jika anda ingin check out Instagram post yang dimaksudkan, ikuti link ini.

Post tersebut telah dimuat naik 3 tahun lepas untuk mempromosikan pil Diclegis yang sepatutnya membantu ibu mengandung melawan morning sickness atau sebarang rasa loya.

Walau bagaimanapun, post itu tak pula menyatakan risiko yang pengguna pil tersebut mungkin akan hadapi.

Oleh sebab itu, Food And Drug Administration telah menghantar memo kepada Duchesnay USA untuk menggesa syarikat itu agar tidak lagi menggunakan endorsement media sosial Kim.

Namun begitu, nampaknya Duchesnay USA dan Kim terus bekerjasama. Jualan Diclegis pun meningkat di suku ketiga tahun 2015. Ini mungkin kerana harga Diclegis dilaporkan telah dinaikkan selepas Kim memuat naik Instagram postnya.

Haih, lagi banyak duit yang terlibat, lagi banyak masalah yang timbul.

Sumber: Cosmopolitan, Instagram Kim Kardashian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Feb 2018

10 THINGS FROM OUR CHILDHOOD THAT WILL BRING BACK SWEET MEMORIES

#Throwback to wonderful memories from our youthful days.

Hiburan Fri, 5 Apr 2024
Hiburan Thu, 14 Aug 2025

Anak Arwah Suhaimi Saad Janji Teruskan Legasi, Mahu Bawa Mesej Dakwah Dalam Lagu

Hadie anak arwah Suhaimi Saad mahu teruskan legasi bapa

Trending Tue, 7 Nov 2023
Events Mon, 6 May 2024
Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

error: Content is protected !!