Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom July 18, 2018 @ 2:00pm

Pasrah Beratur Panjang Gara-Gara Roti Canai Tsunami Pak Ali

Roti canai adalah antara sarapan pagi utama bagi rakyat Malaysia selain daripada nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan nasi goreng.

Roti canai juga adalah sejenis makanan yang boleh dimakan tidak kira masa sama ada sebelah pagi mahupun malam. Biasanya minuman seperti teh tarik, Milo panas, Nescafe tarik, teh o dan kopi, menjadi pelengkap hidangan ini.

Malah, ia juga dianggap hidangan universal yang terima masyarakat seluruh dunia. Jangan tak tahu kalau Mat Salih datang ke Malaysia, dia orang cari port makan roti canai yang best tau!

Bercerita lanjut mengenai roti canai, penulis ingin berkongsi sedikit informasi mengenai Gerai Roti Canai Pak Ali yang terletak di Pantai Dalam.

Foto: VKEONG.COM

Gerai ini pernah tular tidak lama dulu gara-gara roti canai Tsunami. Jika anda tertanya-tanya apakah itu Roti Tsunami, ia sebenarnya roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak. Antara pelanggan-pelanggan yang datang menikmati sarapan di sini terdiri daripada pelajar Universiti Malaya (UM) dan penduduk berdekatan.

Pemiliknya, Muhamad Ali Daud dan isteri Noridah Sapak sendiri tidak menyangka idea cetusan nama Tsunami daripada anak mereka itu segera tular di media sosial.

Semuanya bermula apabila pensyarah kepada anak lelaki mereka bekas graduan UM, meminta dibuatkan roti canai lain dari yang lain. Hidangan itu mulanya diberi nama ‘Roti Special’ oleh anak sulung Pak Ali kemudian diubah menjadi ‘tsunami’ bagi mencipta keunikan menu.

Roti canai ‘tsunami’ sebenarnya adalah roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari, dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak.

Foto: VKEONG.COM

Sungguh mengenyangkan dengan harga RM 2.40 satu set bersama minuman teh atau teh o ais. Tak cukup satu, minta sekeping lagi cuma RM 3.00 sahaja. Sambal ikan bilis yang menjadi campuran kuah menambahkan keenakan. Kari sardinnya juga cukup menyelerakan.

Anda rasa harga yang ditawarkan murah tak? Bagi penulis sudah cukup murah. Namun apa yang bestnya, memahami kesulitan pelajar, Pak Ali memperkenalkan sarapan bajet di mana menawarkan harga diskaun untuk pelajar yang datang bersarapan di gerainya.

Kalau dahulu Pak Ali menyediakan 20 kilogram tepung untuk membuat roti canai setiap hari, kini dia menambah adunan kepada 35 kg bagi memenuhi permintaan pelanggan. Seawal 7.00 pagi lagi pelanggan sudah beratur panjang uols!

Di samping roti canai ‘tsunami’ Pak Ali turut menyediakan roti telur, sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Jika anda ingin singgah ke sini, gerai ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Foto: VKEONG.COM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 8 Aug 2018

Kalau Berada Di Temerloh, Jangan Lupa Singgah Di Restoran Favourite Siti Nurhaliza Ini

Resepi turun temurun sejak 40 tahun lalu adalah rahsia restoran SZ Rahmah sering kali menjadi tumpuan penggemar ikan air tawar di Temerloh.

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

8 Tip Untuk Pelancong Wanita Solo Kekal Selamat Ketika Mengembara Di Luar Negara

Jangan kerana takut, anda tak menikmati pengalaman yang menarik ini!

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Eat Travel Sat, 9 Jun 2018

Nikmati Kelazatan Butter Chicken Dengan Resipi Mudah Ini

Masakan ini lebih “up” sikit daripada kari ayam biasa.

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

error: Content is protected !!