Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 25, 2018 @ 3:30pm

Awas! Troli, Alat Permainan & Tempat Duduk Antara Punca Virus HFMD

Kiddy Ride

Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kian menular ketika ini menyaksikan peningkatan jumlah mendadak di Pulau Pinang. Menurut siasatan yang dijalankan oleh pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), virus HFMD dikesan berpunca daripada troli, alat permainan dan tempat duduk yang terdapat di pasaraya serta pusat membeli belah.

“Hasil siasatan pihak kami, didapati salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasar raya.

Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak tuan supaya dapat menjalankan kerja-kerja disinfeksi (sucihama) terhadap troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di premis dengan menggunakan larutan klorox pada nisbah 1:10,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya Pulau Pinang.

Minggu lalu, JKN telah mengarahkan pihak pasar raya di negeri itu membersihkan troli telah meminta pasar raya di Pulau Pinang supaya membersihkan troli, kenderaan mainan dan tempat duduk yang disediakan di premis mereka.

Gambar hiasan – Foto: Volocars

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin, berkata arahan dikeluarkan selepas jabatan terbabit melakukan pemeriksaan dan mendapati alatan berkenaan adalah antara punca penularan penyakit itu.

Justeru beliau berharap pemilik dan operator premis berkenaan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

“Bukan sahaja troli tetapi juga tempat permainan kanak-kanak yang ada di dalam premis ini pun boleh terdedah kepada jangkitan HFMD. Sebab itu kita sarankan kepada pengusaha dan pemilik untuk membersihkan premis perniagaan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Afif menasihatkan ibu bapa sekiranya terdapat ahli keluarga yang dijangkiti penyakit HFMD, mereka perlu dikuarantin di rumah selepas mendapat rawatan dan nasihat doktor.

Sementara itu, mengulas mengenai status terkini HFMD di negeri itu, beliau memaklumkan terdapat pertambahan kes pada Ahad dan Isnin sebanyak 128 kes, menjadikan jumlah terkini sebanyak 2,559 kes berbanding 1,102 bagi tempoh sama tahun lepas.

Buat masa ini, 13 pesakit masih dirawat di Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya dan sebuah hospital swasta namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Ketika ini, 23 premis masih ditutup akibat penularan penyakit itu membabitkan sekolah rendah, taska, tadika, pusat jagaan dan pra-sekolah.

Foto: Zuriat.my

Antara sekolah dan kelas yang masih ditutup, SK Juara, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik Pusat dan SJKC Kwang Hwa.

Sebelum ini, Dr Afif berkata tiada polisi untuk JKNPP menutup tempat permainan awam di dalam pasar raya dan pusat membeli-belah mahupun di taman awam yang menyediakan kemudahan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya menggalakkan operator di premis berkenaan membuat pembersihan berkala bagi memastikan peralatan permainan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 11 Dec 2018

Kembung Perut Dan Tiada Eno Di Rumah? Sila Cuba 7 Jenis Makanan Ini

Kembung perut berpunca sama ada terlebih makan atau terlewat makan.

Featured Mon, 23 Jul 2018

Awas! Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Berdengkur

Asap rokok bahaya kepada perokok pasif, terutama dalam kalangan anak-anak.

Sihat Wed, 8 Aug 2018

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Sihat Mon, 10 Sep 2018

6 Mitos ‘Scaling Gigi’. Tolong Jangan Percaya!

Gosok gigi 2 kali sehari bukan bermakna gigi anda tiada karang gigi.

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Thu, 30 Jan 2020
Featured Wed, 21 Nov 2018
Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

error: Content is protected !!