Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom July 27, 2018 @ 4:30pm

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Isu sumbang mahram adalah kompleks dan ia adalah kejadian yang seringkali dilaporkan. Namun begitu, penyelesaiannya belum menemukan sebarang noktah sekalipun dengan peruntukan undang-undang sedia ada, perbuatan sumbang mahram nampaknya terus berlaku.

Topik mengenainya melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.

Ini disebabkan dinamiknya; mangsa merupakan anak-anak kecil yang mudah diugut atau dimanipulasi untuk bersetuju atas perbuatan yang dilakukan, merahsiakan perbuatan yang berlaku, ibu bapa mungkin tidak dilatih untuk mengenali tanda-tanda penderaan seksual kanak-kanak, ibu bapa yang tidak tahu untuk melaporkan kejadian yang berlaku serta kekurangan sistem sokongan yang disediakan atau pelbagai faktor-faktor lain.

Foto: baklol

Apakah sumbang mahram?

Sumbang mahram adalah eksploitasi yang dilakukan ke atas mangsa untuk kepuasan seksual oleh seorang dewasa atau mana-mana orang yang lebih berusia. Ia dikenali sebagai sumbang mahram jika perlakuan berkenaan melibatkan ahli keluarga termasuk ibu bapa, datuk dan nenek, ibu saudara, bapa saudara, sepupu, keluarga angkat dan hubungan tiri, anak-anak yang sah atau tidak sah atau mana-mana ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah (Briere,J . 1992,Freyd 2006, Rosanida 2012).

Siapa yang melakukan?

Pendera yang melakukan jenayah seksual ini mempunyai pertalian atau hubungan darah dengan mangsa. Perhubungan ini meliputi kebergantungan daripada segi peranan dan tanggungjawab antara pendera dan mangsa. Pendera berperanan sebagai bapa kandung, bapa tiri, abang kandung, abang tiri, bapa saudara, datuk, adik-beradik atau sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa (Memoli 2007).

Pertalian kekeluargaan yang sedia terjalin memudahkan pendera untuk menyalahgunakan kuasanya sebagai pihak yang lebih dominan ke atas mangsa yang berada dalam kawalan serta tanggungjawabnya.

Daripada sudut perubatan, hubungan sumbang mahram berpotensi untuk menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah daripada segi mental dan fizikal serta boleh membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan simptom

Mangsa sumbang mahram akan menunjukkan tanda dan simptom berikut:

Otago Daily Times

1.  Fizikal

Kegatalan/kemerahan di bahagian kemaluan
Sakit/kecederaan di bahagian kemaluan/dubur
Sakit ketika membuang air kecil
Keluar lelehan di bahagian faraj/zakar
Sakit di bahagian abdomen
Penyakit kelamin
Kehamilan luar nikah

2. Tingkah Laku

Tingkah laku yang terlalu bergantung kepada seseorang
Sering mengasingkan diri/hisap jari
Kencing/buang air tanpa kawalan pada usia yang tidak munasabah
Ponteng sekolah
Prestasi sekolah yang lemah
Lari dari rumah
Ketagihan dadah dan alkohol
Cubaan membunuh diri
Perbuatan masturbasi secara berlebihan
Tingkah laku menggoda
Pengetahuan serta perlakuan seksual yang tidak sepadan dengan usia

3. Psikologi

Kesan psikologi merangkumi aduan somatik seperti:

Sakit kepala/pening
Sakit perut
Sakit dada
Keletihan
Insomnia
Kerap pengsan
Kerap menangis/kesedihan melampau
Histeria
Ketakutan melampau tanpa sebab munasabah
Hilang selera makan
Kurang konsentrasi
Tahap keyakinan diri yang rendah

Bagaimana mangsa dapat dibantu?

Bantu mangsa tenangkan fikiran dan yakin pada diri
Laporkan segera kejadian di mana-mana balai polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau melalui Talian Nur
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera di hospital berhampiran
Bantu mangsa menjalani kehidupan normal semula
Membenarkan luahan perasaan oleh mangsa
Jangan memaksa mangsa untuk memberikan maklumat
Terus memberi sokongan dan keyakinan sehingga mangsa berasa selamat

Di mana untuk mendapatkan pertolongan?

Talian Nur : 15999 (24 jam sehari)

Childline Malaysia : 03-55692755 [email protected]

PS The Children : 03-79574344/79564355 ([email protected])

Women Crisis Centre, Penang: 04-2280342 ([email protected])

Yayasan Nur Salam : www.chowkids.org

AWAM : 03-78770224 ([email protected])

WAO Helpline : 03 7956 3488 [email protected]

Selain itu anda juga boleh menghubungi melaporkan kepada Balai Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran.  Bantuan yang dihulurkan anda ini bukan saja dapat menyelamatkan mangsa dari terus-terusan menjadi mangsa penderaan sumbang mahram bahkan memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Sumber: Myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Tue, 4 Sep 2018

Periksa Almari Anak Anda Untuk Ketahui Sama Ada Mereka Mempunyai Simptom Seorang Pengkid

Jika terdapat banyak barangan lelaki di dalam almari anak gadis anda, jelas sekali mereka sedang berdepan dengan krisis identiti.

familuv Wed, 29 Jan 2020
familuv Fri, 9 Nov 2018

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Sosej ini boleh direbus ataupun digoreng!

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

familuv Fri, 8 Feb 2019

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Setiap isteri mempunyai hak yang sama ke atas harta pusaka suami

familuv Tue, 11 Sep 2018

Bukan Wanita Dewasa Saja, Miss V Bayi Perempuan Anda Juga Perlu Penjagaan Yang Betul

Kemaluan bayi perempuan sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.

familuv Mon, 2 Jul 2018

7 Gaya Bahasa Badan Bayi Dan Apa Maksudnya, Para Ibu-Bapa Mesti Tahu!

Memandangkan dia tak boleh bercakap lagi, anda mesti faham bahasa badannya.

error: Content is protected !!