Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 31, 2018 @ 10:00am

Syarikat Jepun Ini Cipta ‘Masjid Bergerak’ Untuk Pengunjung Olimpik 2020 Di Tokyo

Ketika melancong ke negara asing, nak cari tempat untuk solat memang payah. Selalunya, kita akan cari saja satu tempat yang bersih dan tak ramai orang lalu-lalang. 

Nasib baik, Jepun dah memudahkannya untuk para pelancong Muslim. 

Baru-baru ini, sebuah syarikat di negara tersebut telah melancarkan sebuah masjid bergerak! Tujuannya adalah supaya pelancong Muslim akan rasa selesa macam mereka berada di negara sendiri. 

Lagipun, memandangkan Tokyo Olympics 2020 akan tiba, masjid mobil ini diharapkan akan menyediakan lebih banyak ruang solat bagi pengunjung Muslim. 

Dari luar, masjid bergerak ini mungkin nampak macam sebiji trak biasa tapi ia boleh dibesarkan dan ia siap ada tangga di depannya. 

Bukan itu saja! Ia juga ada paip air dan tempat mencuci untuk anda yang ingin mengambil wudhu. Dan yang paling penting, masjid ini boleh memuatkan 50 orang! 

Foto: Foreign Press Center Japan

Juga menarik tentang masjid ini adalah ia boleh bergerak ke lokasi berlainan supaya orang Muslim akan sentiasa ada tempat untuk menunaikan ibadah ketika mereka menghadiri ke acara-acara sukan.

Sebelum ini pun, Jepun memang dah cukup Muslim-friendly, jadi inisiatif sebegini akan buat anda lebih gemari negara matahari terbit ini.

Buat masa ini, belum ada apa-apa perancangan lagi untuk bila masjid bergerak ini akan beroperasi dan berapa banyak unit yang ada. Tapi ia kini sedang terparkir di Toyota Stadium di Toyota City, berhampiran dengan Nagoya.

Selain acara Olimpik 2020, syarikat ini berharap masjid mobil ini akan digunakan untuk acara sukan Jepun atau antarabangsa yang lain.

Jadi lepas ini, anda mungkin akan nampak kelibat trak ini di tempat-tempat lain di dunia.

Yang gerentinya, jika anda ke Tokyo nanti untuk menyaksikan acara Olimpik, tak perlu risau tentang kepayahan nak mencari tempat solat. 

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 14 Mar 2018

Roti Canai ‘Terbang’, Antara Menu Wajib Bila Holiday Ke Melaka!

Negeri Melaka merupakan antara negeri yang kaya dengan sejarahnya tersendiri.

Eat Travel Thu, 11 Oct 2018

Bermalam Di Tengah Lautan, Seaventures Dive Resort Hotel Pelantar Minyak Memang Awesome!

Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving, lokasi ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati.

Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Thu, 16 May 2019
Eat Travel Wed, 18 Jul 2018

Pasrah Beratur Panjang Gara-Gara Roti Canai Tsunami Pak Ali

Roti Tsunami yang tular adalah roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak.

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!