Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 21, 2018 @ 5:02am

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Susulan kes mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sehingga parah, Datin Rozita Mohamad Ali, 41 diminta untuk hadir ke mahkamah hari ini.

Namun dia gagal berada di mahkamah untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Oleh demikian, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan lokasi Datin Rozita Mohamad Ali berada.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Datuk Tun Hamzah mengeluarkan perintah itu berikutan Rozita gagal hadir ke mahkamah hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding itu berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak semalam untuk menyerahkan notis untuk hadir ke mahkamah namun gagal.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan sedemikian selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Namun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain itu, lebih 50,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Rozita dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Pada 21 Disember dua tahun lalu, Suyanti ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan.

 

Sumber: Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 May 2020

Jangan Gembira Dulu, Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Ketika Ini

Perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Featured Fri, 10 Oct 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023
Drama Sat, 31 Dec 2022

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan. Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia? Saksikan […]

Trending Sun, 25 Oct 2020

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Wah, kembali untuk musim kedua!

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!