Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops August 3, 2018 @ 2:38pm

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Jika anda ingin kuruskan badan, alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda.

Jika anda ada target berat, mestilah anda akan timbang berat sendiri untuk pastikan sama ada anda dah capai matlamat anda atau tidak.

Masalahnya, kesilapan biasa boleh menjejaskan progres anda dan buat anda rasa yang usaha anda selama ini sia-sia saja.

Ini dia 5 perkara yang anda buat ketika menimbang berat sendiri yang boleh memberikan keputusan yang tak tepat.

1. Anda menimbang berat badan anda pada waktu malam.

Setelah makan 3 meal sehari, mestilah berat anda akan naik, betul tak? Jika anda menimbang pada waktu malam, berat anda mesti lebih daripada biasa.

Jadi, anda sepatutnya timbang pertama sekali pada waktu pagi, selepas badan anda dah habis cerna makanan yang anda makan pada hari sebelumnya.

Dan pastikan anda tak memakai pakaian dan kasut yang berat, yang boleh menambahkan lagi berat yang ditunjukkan pada penimbang.

2. Anda menimbang setiap hari

Penurunan berat badan tak berlaku semalaman; anda takkan nampak perubahan besar dari hari ke hari. Jadi jika anda timbang setiap hari, mana tak kecewa? Lama-lama, anda akan putus harapan dan kesihatan mental anda pula terjejas.

Secara realitinya, menurut sebuah kajian, anda boleh expect yang anda turun setengah kilogram setiap minggu.

Jadi, seelok-eloknya, timbang badan anda sekali seminggu. Ini akan berikan peluang kepada badan anda untuk mengawal selia beratnya dan tunjukkan anda angka yang betul-betul mencerminkan progres.

3. Anda hanya tumpu kepada penimbang dan bukan kepada badan

Jika anda terlalu fokus kepada angka yang penimbang anda tunjukkan, ada masanya di mana anda akan rasa segala usaha yang anda lakukan untuk kurus, tak pernah mencukupi.

Jika angka skala penimbang anda tak bergerak, atau tak bergerak secepat yang anda ingini, ia tak bermakna badan anda tak melalui sebarang perubahan.

Manalah tahu, otot anda mungkin lebih mantap, kandungan lemak mungkin berkurangan, dan ketahanan serta stamina anda juga akan lebih baik daripada dulu.

Lebih sihat tak semestinya lebih kurus. Ia bermakna minda, badan dan jiwa yang lebih sihat secara keseluruhannya. Dan ia lebih penting daripada nombor yang skala penimbang anda tunjukkan, kerana kesihatan bukannya tertumpu kepada berat badan.

4. Anda menggunakan skala penimbang yang berlainan

Foto: forestpath/Shutterstock

Bukan semua alat penimbang diciptakan sama. Jadi jika anda sering menyemak berat badan anda dengan skala penimbang bilik mandi anda, jangan pula semak timbang dengan penimbang di gym kerana mekanikal dalamannya berbeza.

Sebuah kajian menunjukka 16 daripada 152 skala penimbang di klinik kanak-kanak adalah tepat 100%. Yang lain tak tepat langsung?

Kekal dengan yang satu supaya anda sentiasa dapat bacaan keputusan yang betul. Dengan ini, anda akan kekal bersemangat dan tau yang perubahan itu adalah akibat daripada usaha anda.

5. Anda menimbang jurus selepas workout

Bila anda bersenam, kadangkala anda hilang berat badan, menurut skala penimbang. Malangnya, itu bukannya berat badan anda yang sebenar, tapi hanyalah berat air.

Untuk setiap 16 auns peluh yang badan anda keluarkan, anda akan turun 1 paun berat badan. Tapi itu bukannya gambaran yang tepat untuk penurunan berat badan anda.

Tunggu dan timbang esok paginya. Nak turunkan berat badan adalah sebuah maraton, bukan lari pecut. Ia memerlukan masa, kesabaran dan kerja keras.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 25 Sep 2018
Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Featured Sat, 14 Dec 2019
Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

Sihat Sat, 10 Nov 2018

Kenali Sentuhan Baik Dan Tidak Baik Bagi Memastikan Kesihatan Mental Bebas Trauma!

Sentuhan tidak baik boleh memberi kesan kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

Sihat Tue, 17 Jul 2018

Hilangkan Sakit Kepala Dengan Teknik Mudah Ini. Berkesan! Tak Perlu Makan Ubat

Memang stres bila sakit kepala melanda, satu kerja pun tak jadi.

Featured Fri, 10 May 2019
Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Sihat Wed, 9 Jan 2019

Penggunaan pemanis tiruan tidak menyumbang kepada pengurangan berat badan

Menurut kajian semula, pemanis ini dan gula tidak banyak bezanya.

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

error: Content is protected !!