Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 20, 2018 @ 11:30am

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Malaysia memperoleh pingat pertama di kejohanan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, menerusi sumbangan atlet taekwondo kebangsaan, Yap Khim Wen.

Khim Wen meraih gangsa selepas tewas di separuh akhir kepada Salahshouri Marjan dari Iran dalam acara individu wanita poomsae.

Lebih membanggakan, kejayaan itu menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Khim Wen berkongsi pingat itu dengan atlet Korea Selatan, Yun Jihye yang turut terkandas pada pusingan separuh akhir.

Foto: madsummit

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini, hasrat Khim Wen untuk mencipta kejutan dan mara ke final dileburkan oleh atlet Iran, Salahshouri Marjan.

Khim Wen mengutip 8.300 mata keseluruhan sementara Marjan meraih 8.430 untuk mara ke final dan berdepan atlet tuan rumah Defia Rosmaniar.

Terdahulu, atlet berusia 24 tahun dari Selangor itu mudah mengetepikan cabaran atlet Bahrain, Huda Akbar pada pusingan pertama sebelum sekali lagi menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pesaing dari China, Ji Yuhan pada peringkat suku akhir.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Events Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Wed, 27 May 2026

Kuala Lumpur Sasar Jadi Destinasi Konsert Utama Asia Menerusi KL Headline Season 2026

Kuala Lumpur kini semakin mencuri perhatian sebagai antara destinasi utama dalam rangkaian jelajah muzik langsung Asia apabila semakin banyak artis antarabangsa memilih ibu kota Malaysia sebagai lokasi konsert berskala besar mereka.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Menampilkan Kyuhyun & Ahof, K-Sarang Super Concert 2026 Bawa Kehangatan K-Pop Ke Malaysia April Ini!

Acara muzik berskala besar itu akan menampilkan dua nama yang cukup dekat dengan peminat, iaitu vokalis terkenal Super Junior, Kyuhyun dan kumpulan K-pop yang semakin meningkat naik, AHOF.

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Suara Fattah Amin Bukan Tenggelam, Dia Nak Harmony Je” – Amira Othman

Fattah sendiri memilih untuk tidak menyanyikan melodi utama

Featured Sun, 12 Feb 2023
error: Content is protected !!