Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin August 23, 2018 @ 2:00pm

4 Manfaat Beras Perang Yang Anda Tidak Tahu

Anda pernah makan nasi berasaskan beras perang? Mesti anda ingat bahawa beras perang ini hanya bagus untuk mereka yang mengidap diabetes sahaja kan? Kalau anda beranggapan sebegitu, anda silap!

Tahukah anda bahawa, beras perang ini amat bermanfaat untuk kesihatan anda? Sebenarnya beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa anda makan setiap hari itu.

Beras perang biasanya tidak ditapis dan tidak diproses seperti beras putih, malah kulit beras perang juga tidak dibuang. Kulit beras perang itulah yang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan kita seperti serat, protein, magnesium dan zink.

Jom kita ketahui antara manfaat yang anda perolehi sekiranya setiap hari anda makan nasi berasakan beras perang.

1. Beras perang mengandungi sebatian Lignans

Foto: New.Zing

Beras perang mengandungi lignans yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.

2. Mengurangkan risiko kanser

Foto: Everyday Health

Untuk pengetahuan anda, beras perang mengandungi sebatian botani yang dikenali sebagai total phenolic content, atau TPC yang mempunyai sifat antioksidan yang kuat yang dapat melindungi sel-sel badan anda daripada terkena kanser. Bukan itu sahaja, kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus.

3. Bagus bagi penghidap diabetes

Foto: Wanista

Memang sudah pasti bahawa beras perang menu yang terbaik bagi menggantikan beras putih bagi penghidap diabetes. Bagi anda juga sangat bagus bertukar kepada beras perang kerana ia dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia juga membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

4. Bantu turunkan berat badan dan obesiti

Foto: NDTV.com

Ini berita baik untuk anda yang nak kuruskan badan! Beras perang mengandungi serat yang membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah. Segala toksik dalam badan juga akan keluar melalui penghadaman tersebut.

Selain itu, beras perang ini juga akan membuatkan anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk anda mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Jadi, tunggu apa lagi. Anda perlu bertukar kepada beras perang sekarang demi kesihatan anda! Untuk permulaan, anda boleh mencampurkan beras biasa (putih) dan segenggam beras perang setiap hari. Lama-lama pasti anda sudah biasa menikmati kelazatan beras perang yang penuh berkhasiat ini.

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Featured Wed, 29 Jan 2020
Sihat Thu, 27 Jun 2019

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Selain rumah bersih, pinggang pun semakin ramping!

Featured Wed, 3 Jun 2020

Betty Rahmad kesal tidak beri vaksin Influenza kepada bayinya

Bayinya berumur 11 bulan dimasukkan ke hospital

Semarak Sun, 27 May 2018

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Sihat Fri, 22 Mar 2019
Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?

Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Inilah panduan terperinci untuk anda yang nak sihat.

Sihat Wed, 24 Oct 2018
error: Content is protected !!