Acara By: Ad Ops August 21, 2018 @ 9:00am

Ikuti 4 Langkah Persediaan Penting Sebelum Anda Memulakan Aktiviti Berbasikal

Berbanding dengan sukan lain, aktiviti berbasikal merupakan sejenis senaman yang memberikan impak rendah.

Namun begitu, mana-mana aktiviti fizikal pun, jika dilakukan terlalu kerap, ia boleh mengakibatkan kecederaan. Ini termasuklah sukan berbasikal.

Menurut peminat-peminat aktiviti ini, masalah yang sering dialami adalah seperti sakit belakang, lenguh lengan dan bahu, lutut tak selesa serta sindrom carpal tunnel.

Kecederaan yang selalu dialami oleh pelumba adalah di mana patella (kepala lutut) telah lari alignment dari lokasi asalnya di tulang femur (paha). Aduh!

Jadi selain memakai topi keledar, apa yang perlu kita buat untuk menyediakan badan kita supaya kecederaan dapat dielakkan?

Langkah-langkah persediaan:

1. Pilih basikal yang sesuai

Aktiviti berbasikal melibatkan perbuatan yang berulang. Jika ia tak dilakukan dengan betul, lepas itu ia diulang-ulang pula, lambat-laun gerenti ia akan mengakibatkan ketidakselesaan atau kecederaan. Itu sebabnya anda perlu cari basikal yang perfect untuk tubuh badan anda.

Foto: mantel.com

Adjustment pada bahagian basikal yang paling biasa dibuat adalah terhadap ketinggian tempat duduk dan posisi pemegang basikal. Ketinggian tempat duduk adalah penting bagi tahap kecekapan dan kuasa; jika kaki pelumba tidak dilunjur sepenuhnya, daya mampatan yang kuat boleh terjadi kepada hamstring. Sakit di bahagian bawah belakang pelumba pula selalu dikaitkan dengan posisi handlebar basikal yang terlalu rendah atau jauh.

Pelarasan sekecil mana sekalipun terhadap basikal seseorang pelumba memang boleh berikan impak kepada prestasinya. 

2. Pastikan badan anda cukup nutrisi dan tenaga

Hydration memang penting, okay? Sebarang kepenatan yang anda alami boleh mengurangkan prestasi berbasikal anda dan secara tak langsung, badan anda adalah lebih terdedah kepada trauma.

Selain itu, nutrisi yang baik juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan. Makan makanan dan minuman yang membekalkan tenaga supaya badan anda cukup kuat untuk melindungi otot dan tulang.

Dan ingat, rehat yang mencukupi di antara setiap sesi berbasikal juga penting!

3. Lakukan senaman regangan terlebih dahulu

Ada yang berkata stretching adalah penting dan perlu dilakukan sebelum dan selepas berbasikal. Orang lain pula kata tak ada gunanya pun. Sebenarnya ia terpulang kepada individu, tapi stretching yang betul memang boleh mengelakkan kedua-dua kesakitan masa kini dan kecederaan masa depan.

4. Mula dengan cabaran yang mudah terlebih dahulu

Foto: totalwomenscycling.com

Seseorang itu perlu membuat dan mengikuti jadual latihan dengan betul. Seelok-eloknya biasakan diri dulu dengan aktiviti ini dan cabarannya. Mahirkan diri dalam kepantasan kayuhan dahulu sebelum kuasa; mula mengayuh di kawasan rata dahulu sebelum anda cuba tackle kawasan berbukit.

Tak apa jika anda mengambil masa. Jika anda terus terjun ke tahap kesukaran yang tinggi, sendi dan otot anda tak boleh nak keep up. Mestilah cedera!

Tip!

Untuk meningkatkan lagi daya ketahanan anda supaya anda boleh berbasikal dengan baik, anda disarankan untuk cuba lakukan senaman yoga atau pilates.

Kedua-dua aktiviti ini dikatakan boleh membina kekuatan dalaman dan stamina untuk melindungi bahagian belakang anda serta memberikan lebih banyak kuasa kepada kaki anda. Hmm, kalau berfaedah, why not?

Tapi jika anda mendapati yang anda telah cedera selepas sesuatu sesi berbasikal, rujuk kepada doktor atau ahli fisioterapi.

Jom sertai!

Bagi anda yang meminati sukan berbasikal, ataupun anda baru saja nak mula menjinak-jinakkan diri, anda bolehlah sertai acara cabaran berbasikal NST C-Cycle Challenge 2018!

Foto: NSTP

Kini dalam edisi keduanya, ia akan berlangsung pada 23 September ini di Eco Sanctuary, Teluk Panglima Garang, Selangor.

Acara anjuran New Straits Times dengan kerjasama EcoWorld ini terbahagi kepada dua, iaitu aktiviti berupa perlumbaan (Century Ride) dan aktiviti berbasikal secara santai (Fun Ride). Jadi anda boleh pilih sendiri tapi kedua-duanya gerenti seronok!

Lagi best, untuk acara Century Ride, pelumba terpantas boleh menangi hadiah menarik bernilai RM37,000! Pada masa yang sama, ada juga hadiah cabutan bertuah bernilai RM49,000 untuk dimenangi! Wow!

Kategori penyertaan Century Ride:

  • Terbuka Lelaki – untuk peserta lelaki berumur 18 –39 tahun
  • Terbuka Wanita – untuk peserta wanita berumur 18 tahun ke atas
  • Terbuka Lelaki Senior – untuk peserta lelaki berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka Berkumpulan – minimum 6 orang setiap kumpulan

Jarak: 160km

Yuran penyertaan: RM160

Nota: Hanya basikal jenis “road bikes” saja yang dibenarkan

Kategori penyertaan Fun Ride:

  • Terbuka Fun Ride – untuk semua peserta

Jarak: 35km

Yuran penyertaan: RM50

Nota: Semua jenis basikal dibenarkan

Kalau berminat, jom daftar di www.nst.com.my/c-cycle dari sekarang hingga 24 Ogos. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sanusi (010-3377566).

Sumber: The Guardian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

Acara Thu, 5 Dec 2019
Acara Wed, 17 Jan 2018

Malaysia Women Marathon

Date: 4 March 2018 Venue: Shah Alam The Malaysia Women Marathon is an annual event that celebrates the International Women Day and the sorority of women in running. The theme for each year depends on […]

Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Tue, 6 Sep 2022
Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.