Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 3, 2018 @ 5:47pm

Kenali Ratu Elizabeth II Melalui Pantang Larang Menu Makanannya

Usianya sudah menginjak 92 tahun, namun keadaan fizikal Ratu Elizabeth II masih cerdas dan bersemangat untuk memerintah negaranya.

Bagaimana beliau mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badannya? Benefit itu diperoleh daripada penjagaan makanan.

Meskipun kedudukan beliau sebagai Ratu England, membenarkan beliau menikmati apa juga jenis hidangan lazat dengan hanya memetik jari, namun beliau tidak sewenang-wenangnya menjamah sesuatu makanan.

Terdapat sembilan jenis makanan yang tidak sesekali dijamah Ratu Elizabeth II. Nak tahu apakah makanan itu, baca lampiran di bawah ini.

1. Daging separa masak

Siapa yang tidak terliur bila melihat steak dihidangkan di atas meja. Sesetengah orang sukakan separa masak, namun Ratu Elizabeth II hanya menjamahnya jika ia dimasak sepenuhnya.

Foto: Atlas Steakhouse

2. Pasta

Ratu Elizabeth II tidak makan makanan berkanji sebagaimana diceritakan bekas cef Diraja, Darren McGrady kepada Recipes Plus. Ini bermakna beliau tidak menyukai hidangan pasta. Sebaliknya memilih salad, ikan yang dipanggang dan ayam bersama dua jenis sayur pilihan.

Foto: Taste

3. Kentang

Bukan saja menolak pasta, Ratu Elizabeth II juga tidak makan kentang kerana ia sejenis makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.

Foto: Wide Open Eats

4. Telur berkulit putih

Ratu Elizabeth sememangnya gemarkan hidangan scrambled eggs, lebih-lebih lagi bersama salmon dan truffle ketika Krismas. Namun, Ratu lebih gemarkan telur ayam dengan rona kulit coklat berbanding putih kerana beliau merasakan ianya lebih sedap.

Foto: Livestrong.com

5. Kerak roti

Sebelum menghidangkan hidangan teh dan sandwichnya, pastikan kerak roti dibuang terlebih dulu.

“Seorang cef meminta saya kembali ke dapur kerana menghidangkan sandwich bersama kerak roti,” kata bekas cef diraja Owen Hodgson kepada The Telegraph. Ratu Elizabeth II sukakan sandwich tuna bersama kedua-dua belah roti disapu mentega, campuran tuna dan mayonis, beberapa keping potongan halus timun dan sedikit serbuk lada hitam.

Foto: Bread crusts

6. Bawang

Tugasnya sebagai pemerintah yang menghadiri pelbagai majlis anjuran kerajaan, pastinya penjagaan bau nafas amat dititikberatkan. Justeru Ratu tidak mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak bawang putih atau merah menurut McGrady.

Foto: VegKitchen

7. Strawberi

Ratu Elizabeth II sebenarnya mempunyai pola pemakanan berdasarkan musim. Ini bermakna jika makanan yang dihidangkan belum tiba musimnya, dia akan menolak.

“Anda boleh menghantar strawberi setiap hari kepada Ratu ketika musim panas di Balmoral dan dia tidak akan sekali bertanya apa-apa,” kata McGrady kepada Recipes Plus.

“Tetapi cuba masukkan strawberi dalam menu pada bulan Januari dan dia akan memangkahnya terus dari menu dan mengatakan jangan sekali-kali berani menghantar kepada saya buah strawberi yang diubah suai secara genetik.”

Foto: Natural Food Series

8. Pisang

Kerabat Diraja tidak akan memperlihatkan diri seakan seekor monyet ketika menikmati buah pisang. Ratu Elizabeth II tidak akan menggunakan tangannya.

Sebaliknya menggunakan garfu dan pisau untuk memotong bahagian atas dan bawah pisang, kemudian mengopek kulit pisang untuk mengeluarkan isinya. Sesudah itu, Ratu akan memotong pisang menjadi kepingan kecil duit syiling dan menikmatinya dengan menggunakan garfu.

Foto: Z Living

9. Cuma satu jenis teh

Ratu Elizabeth II mengambil teh pilihannya iaitu Earl Grey bersama sedikit susu. Ratu lebih sukakan teh tanpa gula.

Foto: Billi UK

Sumber: Eh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 5 Jan 2025

Baru Berusia 5 Tahun, Maleeq Dragster Ukir Nama Dalam Malaysia Book of Records

Maleeq mencatat pencapaian luar biasa dengan merangkul 14 gelaran juara, termasuk gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Spaghetti RM5 Je? Biar Betul? Apalagi Jomlah Serbu!

Nikmati spaghetti dengan hanya RM5. Biar betul? Kalau tak percaya lapangkan waktu anda untuk mengunjungi restoran The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Gaya Hidup Sat, 12 May 2018

Kerana Obses, Wanita Ini Hiasi Rupa Dan Rumahnya Serba Pink, Sakit Mata Tengok!

Pakaian, perabot, kereta serta rumah, semuanya bewarna pink! Anjingnya pun diwarnakan!

Gaya Hidup Tue, 18 Dec 2018

Back To School : Jimat Dan Sihat, Jom Bawa Bekal Ke Sekolah!

5 resepi yang dikongsi bukan saja mudah disediakan malah cukup menyelerakan!

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.

error: Content is protected !!