Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 8, 2018 @ 5:00pm

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Seorang pereka kasut dari Sarawak mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Najla Sarbinie, 37, merupakan pereka muda yang kini mula menempah nama di peringkat antarabangsa, berkata, bapanya telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung kira-kira enam bulan lalu, dan sebagai penghormatan kepada Allahyarham, beliau mengabadikan nama bapanya menerusi koleksi ‘The White Label Collection’.

Dihadirkan dalam rona putih kesemuanya, The White Label Collection’ menampilkan lima rekaan kasut bergaya dan praktikal sesuai digayakan untuk majlis kasual dan keramaian.

Foto: Najlashoes

“Pada hujung label kasut ini tertera nama bapa saya. Ia berbeza dengan semua rekaan saya sebelum ini yang menggunakan label Najla,” katanya.

Menjadi impiannya sejak kecil untuk menceburi bidang rekaan kasut sekaligus mencipta di peringkat antarabangsa, Najla memulakan perniagaan ini hanya dengan bermodalkan RM2,000 dan 20 pasang kasut.

Berkat kesungguhannya, ‘Najla Shoes’ yang mula memasuki pasaran pada 2015 kini memiliki pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura, Australia dan United Kingdom.

Foto: Najlashoes

Selebriti terkenal seperti Noryn Aziz dan personaliti TV, Dayah Bakar antara pelanggan tetapnya.

Pemegang ijazah sarjana muda kesenian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengakui, keunikan rekaannya adalah pemilihan ‘warna-warna yang unik’.

“Saya banyak memainkan warna terhadap rekaan kasut kerana jika dilihat warna-warnanya, ia sangat sukar ditemui dalam rekaan atau jenama kasut yang lain.

Foto: Najlashoes

“Di samping itu, saya juga amat mementingkan keselesaan pelanggan dan kualiti barangan yang dijual,” katanya.

Kasut jenama Najla dijual pada harga RM89 sehingga RM300 sepasang dan beliau mengambil tempahan secara atas talian, serta melalui vendor di Kuching dan Brunei Darussalam.

Sempena BFW 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 September, beliau telah membawa sebanyak 450 pasang kasut daripada pelbagai jenis dan corak yang menarik untuk diperagakan kepada peminat fesyen di bandar raya Kuching.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Sat, 8 Dec 2018

Authentic Gaya Peranakan Melatari Rekaan Tahun Baru Cina Innai Red. Love Semuanya!

Setiap helaian yang dihasilkan membuatkan kamu mahu memiliki kesemuanya!

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Featured Thu, 25 Jul 2019

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Kalau berkesan, apa salahnya, kan?

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Jom ketahui item atau gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look baginya.

Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

Jika Penampilanmu Onz Saat Menggayakan Beg Transparent Ini, Sah Anda Memang Stailo!

Koleksi beg plastik ini harus dijadikan koleksi wardrobe anda!

Featured Sun, 3 May 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!