Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops September 11, 2018 @ 9:00am

Gadis Jelita Dari Sarawak Larissa Ping Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2018

Dia baru saja berumur 19 tahun tapi Larissa Ping kini perlu menggalas tanggungjawab yang berat setelah menjuarai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2018 di Kuching hujung minggu lepas.

Anak jati Sarawak ini telah mengalahkan 11 orang lagi peserta untuk mendapatkan gelaran juara, mahkota, trofi, wang tunai sebanyak RM30,000 dan hadiah lain. Wow, meriahnya!

Tapi hadiah-hadiah ini sebenarnya datang dengan pelbagai jenis tugas dan kewajipan yang berat. Salah satunya adalah mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2018 di Sanya, China pada 8 Disember. Woooh, scary!

Foto: Nadim Bokhari

Larissa juga perlu memainkan peranan sebagai Duta Pelancongan Sarawak untuk tahun depan, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Saya yakin yang menerusi acara berprestij ini, anda akan boleh membantu mempromosikan negeri Sarawak di persada dunia serta ecotourism negara pada masa yang sama,” katanya kepada Larissa di majlis tersebut.

Nampaknya Larissa berpotensi untuk berjaya kerana dia juga telah diberi gelaran Miss Photogenic dan pengiktirafan Top Talent di acara yang sama tempoh hari.

Jom kita tengok komen wanita muda ini yang ingin memperjuangkan maruah dan hidup orang asli di Sarawak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I know my life is about to change, but I pray that it will be for the betterment of myself, my family, and most importantly for my community. There’s so much more for me to learn and improve, but I am certain that with the Lord’s guidance I will be able to make it through to deliver the best. I have so many people to thank personally because I have had a team that was not intentionally made, but people just came to offer help to prepare me for the competition. It was indeed a rollercoaster ride but I cherished every single moment being in the competition especially because the organizers (Creative Team Lab) did an amazing job to make sure all finalists were well taken care of. Huge thank you to Sarawak Tourism Ministry, @carlingtoday @kullehgrasi @meejord @ennettefaith @andyphephotography @kelvinchan89 @caithlllin_ @punguborneo @oziebalannyaring @bridgettaja @seanwongzw @smythwong @bjarnewong , @pitnapatdesigner (my dress designer!!!!), @orengji (my make up artist!!!), @boymaurice (my hairdresser!!!), @salondepelo , Mdm Ing Ing, Dr George, all crews, all my family members and friends who flew all the way, and the rest of you who were constantly giving me your endless support. You know who you are. I hope all of you will continue to journey with me as Miss World Malaysia 2018. I apologise for not being able to reply every single one of you but know that all your well wishes and prayers are all I need. God bless!

A post shared by Larissa Ping (@larissaping) on

Inspiring!

Aww…

Ini pula gambar kenangan manis Larissa ketika menyertai perarakan Hari Gawai di Sarawak baru-baru ini. Cantiknya dia, bila pakai pakaian tradisional!

Selamat maju jaya, Larissa!

Miss World Malaysia 2018 yang bertemakan ‘Beauty with a Purpose,’ telah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching dan dihadiri oleh tetamu seperti Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Di tempat kedua dan ketiga adalah Naomi Sim, 26, juga dari Sarawak; dan Shennon Jade, 24, dari Kuala Lumpur.

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

Trending Wed, 15 Jun 2022

Keluarga Muhammad Adib Tarik Rayuan, Mahu Mulakan Kehidupan Baru

Keluarga arwah memilih untuk tarik rayuan dan memulakan kehidupan yang baru.

Trending Thu, 23 Jun 2022
Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

Hiburan Sat, 22 Jun 2024
error: Content is protected !!