Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops September 14, 2018 @ 5:00pm

ABPBH 31 Perkenalkan Kategori Khas Untuk Instafamous Cilik, Jangan Lupa Undi Mereka!

Jika anda seorang yang sentiasa updated dengan industri hiburan tanah air, anda mesti tahu yang sekarang ini bukan saja artis-artis yang popular.

Anak-anak mereka pun terkenal juga! Untuk sesetengah daripadanya, populariti si anak yang lagi melambung tinggi.

Dalam hal ini, nama-nama “selebriti” cilik yang muncul di minda adalah seperti Aaisyah Dhia Rana, Aisy Mateen, Arif Jiwa dan Yusuf Iskandar.

Dari kecil atau sejak mereka lahir lagi, mereka sudahpun memiliki akaun Instagram. Dengan cara ini, orang ramai berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Ekoran hal ini, para selebriti kanak-kanak ini juga berjaya meraih jumlah pengikut yang boleh tahan banyaknya. Kalah segelintir artis lain!

Rasanya sebab itulah pihak penganjur bagi Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH 31) telah mewujudkan kategori baru untuk meraikan pengaruh mereka.

Untuk edisi kali ini, majlis anugerah berprestij yang akan berlangsung pada 7 Oktober ini memperkenalkan kategori Instafamous Cilik Popular dan buat masa ini, terdapat 10 orang selebriti kanak-kanak yang tercalon.

Mereka adalah Aaisyah Dhia Rana, Aisy Mateen, Amarra Sofea Rose, Arianna Aubrey & Karl Kareef, Arif Jiwa, Lara Alana, Puteri Nur Azzahra Aziz, Seri Aileen, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar.

Jika anda meminati mana-mana selebriti cilik ini, jangan lupa undi mereka di www.abpbh.com.my, okay!

Pendedahan awal

Salah seorang crowd favourite di antara calon-calon kategori ini adalah Syeriv, anak teruna pelakon-pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Jumlah pengikutnya di Instagram yang seramai 840,000 itu taklah mengejutkan sebab ibu bapanya pun merupakan sebuah pasangan selebriti ternama di negara ini. Mestilah anak mereka popular juga!

Dan disebabkan itu, pintu rezeki keluarga ini dibuka setelah ada banyak tawaran sebagai model dan duta produk yang masuk.

Walau bagaimanapun, Syatilla berkata yang dia dan suaminya tidak pernah terfikir untuk menggunakan populariti Syeriv untuk kepentingan sendiri.

“Kami tidak tamak sampai nak ambil semua peluang yang datang. Sebagai ibu bapanya, kami semestinya lebih pentingkan tumbesarannya,” kata Syatilla kepada akhbar BH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Copy paste ibu kan??

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on

Turut berpendapat sebegitu adalah Asyraf Khalid, bapa kepada Arif Jiwa yang memiliki jumlah followers seramai 604,000 di Instagram dan dianugerahkan trofi Cilik MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018 April lalu.

Walaupun Arif memiliki raut wajah serta personaliti yang comel dan mencuit hati, Asyraf tak berhasrat untuk menjadikan anaknya itu sebagai seorang selebriti buat masa ini.

Sebaliknya, dia mengharapkan agar Arif boleh membesar seperti kanak-kanak lain. Namun dia takkan menghalang jika Arif sendiri ada minat dalam bidang seni suatu hari nanti.

“Cuma, sebagai anak sulung lelaki, Arif harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Apa jua bidang yang diceburinya nanti, saya akan pastikan yang dia turut belajar selok-belok dunia perniagaan,” kata anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

UncleOnty dah pangkah Arif tadi? Insyaallah kalau Arif menang, Arif akan pastikan UncleOnty semua jadi pipiPao mcm Arif ?

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

Sementara itu, Datin Paduka Eina Azman pula memang berhasrat untuk memperkenalkan industri hiburan kepada anak kembar tak seirasnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

“Dengan perkongsian menerusi media sosial ini, saya hanya mahu membiasakan mereka dengan realiti dunia luar.

“Jika ada peluang, saya tiada masalah membenarkan mereka bergiat sebagai insan seni. Tapi memandangkan mereka masih muda, kalau boleh saya mahu mereka menikmati zaman kanak-kanak mereka terlebih dahulu,” kata pelakon drama Rahsia Hati Seorang Perempuan ini.

Eina juga tak pernah terasa hati jika cahaya matanya ini, yang memiliki pengikut di Instagram seramai 485,000 orang, lebih popular daripadanya.

Sebaliknya dia melihatnya sebagai rezeki mereka. Sebagai ibu, dia hanya akan pantau setiap tahap perkembangan dalam hidup kembar comel ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Missing mommy so much ❤️ @datopadukakaiser @eina_azman #einaazman #datogmix #aubreykarl #AriannaAubreyAA #KarlKareefKK #30july2017

A post shared by AriannaAubrey | KarlKareef (@aubreykarl) on

Pencalonan bermakna

Walaupun dia bersyukur atas pencalonan anaknya dalam kategori Instafamous Cilik Popular, Syatilla berkata yang dia tak meletak harapan tinggi untuk menang.

“Bukan selalu pun saya memuat naik foto atau rakaman video terbaru Syeriv di laman sosial. Tidak menang tangan rasanya jika ia adalah rutin harian.

“Apapun, saya terharu dengan peminatnya yang sudi mengundi Syeriv. Selebihnya, saya hanya berserah kepada rezeki,” tambahnya.

Menurut Asyraf pula, dia telah mengikuti perkembangan ABPBH sejak kecil, tapi penganjuran edisi ke-31 ini lebih bermakna untuknya.

“Sejak 2008, saya tidak pernah ketinggalan untuk memeriahkan ABPBH. Tidak sangka, 10 tahun kemudian kategori untuk si cilik telah diperkenalkan dan anak saya pula tercalon,” katanya.

Bagi dirinya, dapat tercalon pun dah membanggakan kerana ramai pihak memandang tinggi terhadap prestij ABPBH. Mekaniknya lebih menarik apabila para peminat yang menentukan pemenang.

Sama seperti ibu bapa calon lain, Eina teruja apabila dapat melihat nama anak-anaknya sebaris dengan selebriti cilik lain.

“Saya tidak menaruh harapan kerana akur, anak selebriti jauh lebih ramai pengikut di laman sosial.

“Jika berjaya, saya dan suami menerimanya dengan tangan terbuka,” ujarnya.

Jadi tunggu apa lagi? Jom undi mereka di www.abpbh.com.my!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hei Bi Bi pun blh laa @theyusufiskandar ?? shomeinya. Dah undi Yusuf ke wak? Cepat undi #sayasayangbh #abpbh31 #alhaalfa #abpbh

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh31) on

ABPBH 31 akan berlangsung pada 7 Oktober di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan ditayang menerusi TV3 bermula 9 malam.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Thu, 14 May 2026

Ezwan Zain Akui Erra Fazira ‘Meminta Banyak’ – “Saya Jaga Semuanya Sebab Tu Dia Tak Cemburu”

Ezwan Zain mengaku hubungan yang dibina bersama isteri bukanlah sesuatu yang mudah.

Featured Thu, 9 Jan 2025

Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

“Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki’ – Fasha Sandha

familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

Featured Wed, 27 Nov 2024

Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Individu wanita berusia 26 tahun mengaku jalin hubungan cinta bersama penyanyi terkenal.

Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Featured Mon, 25 Mar 2024
Events Sat, 12 Oct 2024
error: Content is protected !!