Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom September 16, 2018 @ 5:00pm

Peragawati Popular Bangga Tayang Boyfriend Pemandu Tut Tut!

Bahagia bukan pada harta. Itulah kesimpulan kisah percintaan antara Nutchanart Chaichan dan lelaki pilihannya, Wutthichai Saeng-ngern. 

Di dalam dunia yang  sentiasa mendahulukan material daripada kebaikan insani, kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud.

Seorang peragawati popular di Thailand, menjadi bualan netizen di negara itu apabila meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah lima tahun dikenalinya di Facebook.

Foto: Facebook Nutchanart Chaichan

Apa yang menarik, biarpun Nutchanart Chaichan, 22, memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor, namun dia tidak kekok untuk terus mendampingi Wutthichai Saeng-ngern, 25, yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk, dengan pendapatan tidak lebih 500 Baht (RM61) sehari.

“Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi.

“Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga,” tulis Nutchanart di Facebook.

Foto: Facebook Nutchanart Chaichan

Nutchanart juga mengakui dia sering disindir kerana memilih lelaki yang tidak berharta sebagai teman lelaki, namun ia tidak membuatkan dia berfikir dua kali.

“Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta.

“Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur,” kata Nutchanart ketika ditemu ramah sebuah stesen televisyen.

Foto: Facebook Nutchanart Chaichan

Sumber: Coconuts Bangkok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

Trending Tue, 16 Mar 2021

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Berita gembira buat semua sempena ramadan ini! Alhamdulillah.

Featured Fri, 13 Sep 2024

Digelar Low Class & Adab Kelaut? Zarina Anjoulie Anggap Netizen Busuk Hati

Opsss! Kenapa sampai gelar orang macam tu🥴🔥

Trending Tue, 4 May 2021
Kisah Viral Thu, 23 Jan 2025
error: Content is protected !!