Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom September 27, 2018 @ 12:00pm

Bayangkan Kediaman Mewah Setinggi 27 Tingkat Hanya Didiami Oleh 5 Beranak, Tak Takut Ke?

Bangunan menara ini dipercayai sebagai rumah paling mahal dan terbesar di dunia, dengan kediamannya hanya didiami lima orang penghuni.

Bahkan diisytiharkan sebagai kediaman persendirian berbilion dolar pertama di dunia pada 2010.

Pemilik kediaman itu, Mukesh Ambani, 61, disenaraikan Forbes sebagai lelaki terkaya di India dalam senarai kekayaan pada 2016, dengan mendedahkan nilainya dianggarkan £34 bilion (RM185.32 bilion).

Ambani  yang tinggal bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka, menamakan kediaman itu Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda. Ia dibina dengan kos menelan belanja £1 bilion (RM5.45 bilion).

Foto: Architectural Digest India

Kediaman mengagumkan itu dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan, terletak di selatan Mumbai, India. Ia turut mempunyai dewan besar yang mana 80 peratus silingnya dipasang dengan lampu candelier, malah mempunyai taman empat tingkat.

Ambani, merupakan seorang ahli perniagaan yang mempengerusikan dan mengendalikan syarikat gergasi minyak dan gas Reliance Industries, salah satu syarikat paling bernilai di India.

Syarikat tersebut ditubuhkan oleh arwah bapanya, Dhirubhai Ambani.

Selain Reliance, beliau turut merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians, dan sebuah universiti di negara itu.

Foto: Forbes India

Sumber: Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Tue, 9 Jul 2024
Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Featured Tue, 28 Jan 2020
familuv Fri, 24 Feb 2023
Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩

Featured Thu, 26 May 2022
Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

error: Content is protected !!