Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 9, 2018 @ 12:00pm

Ini Cara Nak Masak Itik Sour Plum Yang Sedap

Hidangan berunsurkan itik ini biasanya disalai, masak rendang ataupun masak cili padi. Tapi, anda pernah tak rasa hidangan itik sour plum? 

Mesti tak pernah rasa kan? Penulis tertarik nak kongsikan resepi itik sour plum ini kerana cara memasaknya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Jadi, jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan

Daging itik, dipotong kecil

1 botol sos sour plum

150 gram halia

80 gram bawang merah

50 gram bawang putih

3 asam keping

5 sudu besar kicap cair

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

2 sudu kecil kicap pekat

Cara membuatnya:

1. Tumis halia di dalam kuali selama beberapa minit.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan itik dan kacaukan.

4. Tambahkan sos sour plum, kicap cair dan kicap pekat. Kacau rata.

5. Masukkan air sehingga itik tenggelam. Kemudian, masukkan asam keping dan biarkan mendidih.

6. Tutup kuali. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan selama 30 hingga 40 minit sehingga itik lembut dan kuahnya menjadi pekat. 

7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

8. Biarkan selama beberapa jam sebelum dihidang bersama nasi panas.

Pastikan daging itik anda betul-betul lembut ya! 

Selamat mencuba!

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 7 May 2020

Walaupun berstatus paya, cantiknya luar biasa

Jangan kata ‘tidak’ sebelum anda lihat terlebih dahulu

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Thu, 2 Aug 2018

Pasar Terapung Bandung, Lokasi Wajib Dikunjungi Ketika Di Indonesia

Terletak berdekatan Farmhouse Susu Lembang, pasar terapung ini semakin popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Eat Travel Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Baked Cheese Macaroni Ini Memang Sedap, Jom Belajar Masak Sendiri

Jom hidangkan menu Baked Cheese Macaroni ini untuk majlis rumah terbuka anda.

Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

8 Really Useful Things To Pack For Your Travels

You probably don’t think you’ll need them until you do.

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Enak dimakan seisi keluarga

error: Content is protected !!