Gaya Hidup By: Ad Ops October 10, 2018 @ 11:05am

8 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Berkongsi Katil Dengan Kucing Peliharaan Anda

Bagi sesetengah orang, kucing merekalah bintang hati yang disayangi sangat-sangat seperti “anak” sendiri.

Bila dah sayang, aktiviti gomol-gomol dan peluk-peluk tu biasalah berlaku. Tapi ada yang sampai dibawa tidur sekali dalam bilik. 

Anda pernah nampak gambar-gambar di mana kucing berbaring sekali dengan tuannya, kan? Comel sangat! Tuannya pun mesti terasa relaks bila “fur-baby” miliknya ada di sisi.

Tapi tahukah anda? Tindakan membenarkan kucing tidur di atas katil boleh membawa risiko kepada tahap kesihatan tuannya! Sila baca sebab-sebabnya di bawah.

1. Tidur terganggu

Kucing memang pakar tidur dan boleh tidur selama 15 jam sehari. Tapi kitaran tidurnya tak sama dengan manusia. 

Di siang hari, dia sedap terlena tapi di waktu malam, besar kemungkinan dia mula aktif – lompat sana-sini dan mengacau anda. Macam mana nak tidur ataupun dapatkan rehat yang secukupnya kalau macam ini?

Sebuah kajian oleh Mayo Clinic mendapati lebih 20% orang yang tidur dengan haiwan peliharaan mereka berkata mereka susah tidur kerana dikacau.

2. Terdedah kepada pasir litter box

Foto: ASPCA

Litter box adalah kotak atau bekas berisi pasir khas untuk kucing membuang air kecil atau besar. Memanglah kotor!

Malangnya debu atau cebisan daripada pasir itu dan najis boleh melekat pada bulu kucing anda. Bila mereka lompat ke atas katil anda, besar kemungkinan kotoran itu pun “ikut” sekali. Geli!

3. Alahan dan asma

Sebanyak 30% orang mempunyai alahan terhadap bulu kucing dan anjing, menurut Asthma and Allergy Foundation of America. Alahan terhadap kucing adalah dua kali ganda lebih teruk daripada alahan terhadap anjing, kata pakar.

Doktor mengesyorkan anda mengalihkan kucing daripada sesebuah rumah itu jika orang yang mendiaminya allergic. Tapi ada cara lain untuk meredakan kesengsaraan yang dirasai akibat alahan dan asma, seperti suntikan alahan dan spray hidung.

Dengan menutup pintu bilik dan menggunakan filter HEPA yang bagus, anda juga boleh mengurangkan risiko alahan dan asma ketika anda tidur.

4. Bahaya terhadap kesihatan bayi

Buaian bayi adalah tempat yang menarik bagi kucing untuk tidur sebab ia sedikit lebih tinggi dari tanah, terlindung dari semua sisi dan lembut.

Kalau anda tak perasan, entah-entah dia akan tidur di atas bayi anda dan melemaskan si kecil. 

Ambil langkah berjaga-jaga dan jauhi kucing anda daripada tempat tidur anak. 

5. Kucing mungkin susah untuk menukar kebiasaannya

Foto: CatLoveHub

Kucing selalunya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 

Jika anda secara tiba-tiba tidak mahu kucing anda untuk tidak tidur di atas katil, ia mungkin akan memberi respon terhadap kehilangkan tersebut dengan bertindak ganas seperti mencakar perabot atau kencing di merata-rata tempat. 

Para pakar mencadangkan anda berikan kucing anda barang mainan baru atau sebuah cat tree supaya ada sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian mereka. 

6. Jangkitan parasit

Bila anda berkongsi katil dengan kucing anda, anda juga berkongsi katil dengan mana-mana parasit yang dia mungkin bawa.

Sesetengah parasit ini memang annoying. Kutu kucing tak boleh hidup di atas badan manusia tapi mereka boleh menggigit. Gatal!

Sama juga dengan kutu cheyletiella yang boleh melompat dari badan kucing ke badan manusia. Nanti kulit anda ada ruam.

Parasit dalam usus kucing termasuklah cacing gelang dan cacing tambang juga boleh memberi penyakit kepada manusia yang berjangkit melalui pendedahan terhadap najis kucing.

7. Jangkitan bakteria

Foto: Pxhere

Meluangkan masa lebih 8 jam dalam jarak dekat dengan kucing anda bermakna anda besar kemungkinan akan terdedah kepada rembesan atau perkumuhan kucing anda.

Kebarangkalian untuk anda menerima penyakit daripada kucing adalah rendah tapi anak kecil, orang tua dan mereka dengan sistem imunisasi yang rendah lebih berisiko tinggi.

Seramai 25,000 orang setahun telah demam setelah dicakar atau digigit kucing yang dijangkiti bakteria bartonellosis.

Ia menyebabkan pesakit bengkak di bahagian kelenjar limfanya, demam, keletihan, sakit otot dan lain-lain. Ia tidak mempunyai kesan jangka panjang pada kesihatan pesakit tapi ia boleh meleret berbulan-bulan. Bagi mereka yang lemah imunisasi, ia juga boleh membawa maut.

Salmonellosis adalah satu lagi jangkitan bakteria yang kucing boleh pindahkan kepada manusia. Kucing yang habiskan masa di luar mungkin akan makan burung atau haiwan kecil, dan di sinilah penyakit itu akan mudah berjangkit.

Manusia pula akan terjangkit apabila terdedah kepada najis kucing yang sakit ini. Tanda-tandanya adalah cirit-birit, demam dan sakit perut.

8. Jangkitan protozoa

Giardiasis, cryptosporidiosis, and toxoplasmosis adalah penyakit yang berpotensi untuk berjangkit daripada kucing ke manusia, tapi tak mungkinlah ia boleh berlaku akibat sentuhan direct.

Untuk memastikan kucing anda sihat, biarkan mereka duduk di dalam rumah dan selalulah berjumpa dengan doktor haiwan untuk membuat pemeriksaan tahunan.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan […]

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Ini Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju, Mudah Saja!

Jangan dibuang baju yang ada bintik hitam. Sebaliknya ikuti cara ini untuk menghilangkannya.

Gaya Hidup Sat, 26 Jan 2019

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Banyak terumbu karang di sekeliling dunia hampir musnah kerana hal ini

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019
familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Fri, 13 Dec 2019
Featured Fri, 15 Mar 2019

Kenali ‘pelakon’ yang main watak kucing peliharaan Captain Marvel

Kucing pun pandai beraksi di hadapan kamera!